Oneapps taja Naza Aleyzo harungi Cabaran Perlumbaan Ferrari Asia Pasifik 2018

oleh Afandi Che Muhamad|
Pasukan perlumbaan Naza Aleyzo hari ini mengumumkan Oneapps Group Berhad (Oneapps) selaku penaja baharu mereka bagi Cabaran Perlumbaan Ferrari Asia Pasifik musim ini.

Menerusi kolaborasi ini, penyedia utama perkhidmatan IT di Malaysia itu bakal menawarkan akses pembayaran mudah sepanjang cabaran perlumbaan itu berlangsung bermula 22 Mac depan.

Menariknya, sistem berteknologi canggih yang diterapkan ke dalam kios pembayaran sehenti digelar Oneapps Pay Kios itu membolehkan pengguna melakukan transaksi pelbagai sebagai contoh pembayaran bil utiliti, tambah nilai prabayar dan zakat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Lim Siang Loong berkata, pihaknya begitu teruja dapat bekerjasama dengan pasukan perlumbaan tersebut selain berharap kolaborasi berkenaan  mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak terutamanya ketika perlumbaan itu  berlangsung nanti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aleyzo Sdn. Bhd., Zen Low menegaskan, kalendar cabaran perlumbaan kali ini merangkumi enam slot pusingan kesemuanya.

"Cabaran dimulakan dengan Melbourne, Australia menjadi hos pertama perlumbaan pada 22 hingga 25 Mac ini, diikuti Hampton Downs, New Zealand (12-15 April), Shanghai di China (24-27 Mei), Fuji di Jepun pada 28 Jun hingga 1 Julai sebelum diteruskan ke Suzuka (23-25 Ogos).

"Acara kemudiannya diakhiri di Singapura pada 14 hingga 16 September depan," katanya ketika ditemui di Naza Italia, Petaling Jaya sebentar tadi.

Terdahulu, penggunaan kios pembayaran mudah telah pun mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia tidak lama sebelum ia mula diperkenalkan hari ini.

Hal demikian dimaklumkan Siang Loong sejurus ditanya pemberita pada sidang akhbar selepas majlis pengenalan aplikasi itu berlangsung.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Uncategorized
Ini bukan sebarang Ferrrari. Kenapa? Sebab 1) anda perlu ada koleksi kereta Ferrari 2) sebagai…
Berita Domestik
Sekarang tidak perlu pergi ke Petaling Jaya untuk melihat atau membeli model-model terbaharu…
Berita Domestik
Roda belakang yang turut boleh digerakkan mengikut kadar pusingan stereng roda depan, badan kereta…