NZ Wheels kini berwajah baru!

oleh Afandi Che Muhamad|
NZ Wheels yang terletak di Klang kini berwajah baru menerusi inisiatif pengenalan Mercedes-Benz NZ Wheels Klang Autohaus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pengetahuan pembaca setia Careta, Mercedes-Benz NZ Wheels Klang Autohaus merupakan kemudahan terbaharu cetusan idea NZ Wheels.

Mercedes-Benz NZ Wheels Klang Autohaus merupakan satu daripada tujuh premis dengan fungsi sama iaitu bagi menampung keperluan pelanggan jenama berkenaan di Selangor.

Bercerita mengenai Mercedes-Benz NZ Wheels Klang Autohaus, ia menawarkan kemudahan seperti i-Showroom dengan skrin sentuh digital, Star Lounge peribadi, pusat kenderaan terpakai terpilih dikenali sebagai Mercedes-Benz Proven Exclusivity dan Service Differentiation (perkhidmatan eksklusif lepas jualan peribadi).

Pakej kemudahan tersebut ternyata bakal mendedahkan pelanggan dengan produk selain menawarkan perkhidmatan dengan keselesaan maksima.

Menurut jurucakap NZ Wheels, pembinaan kemudahan yang menempatkan autohaus berkonsepkan Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) tersebut menelan belanja sekitar RM6 juta.

Fasiliti baharu berkenaan akan menjalankan tugas sama seperti sebuah pusat 3S yang menawarkan servis menyeluruh sepenuhnya dan penekanan utamanya adalah bagi memberikan pengalaman pelanggan khidmat lepas jualan lebih baik.

Berkeluasan 32,000 kaki persegi, Mercedes-Benz NZ Wheels Klang Autohaus memiliki 30 ruang servis dengan kemampuan untuk menampung 650 kenderaan sebulan bagi khidmat servis selain berupaya memuatkan lebih 17 kenderaan dalam satu masa.

Harus diketahui, premis tersebut diuruskan oleh 70 kakitangan daripada perkhidmatan lepas jualan, teknikal dan alat ganti.

Sehingga kini, Mercedes-Benz Malaysia mempunyai 33 rangkaian pengedaran yang menawarkan perkhidmatan serta pengalaman pelanggan yang terbaik di negara ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…