Yang ditunggu hampir tiba,bagi peminat-peminat skuter terutama dari Yamaha.
Dari sumber yang rapat dengan Hong Leong Yamaha, Careta diberitahu bahawa Yamaha NVX155 akan dilancarkan tidak lama lagi, iaitu dalam bulan pertama atau kedua selepas raya nanti.
Bersiap sedia lah bagi yang bercita-cita untuk memiliki sebuah jentera yang menarik dengan reka bentuk yang agresif bagi sebuah skuter.
Pasti ramai peminat telah maklum akan Yamaha NVX 155 ini seperti mana yang telah dilancar di sepang MotoGP yang lepas.
Untuk pasaran di Malaysia kita disediakan dengan variasi high spec sahaja, bermakna harganya akan melewati harga NMAX 125 dan juga super kapchai popular YZ150R.
“Ia memang diletakan di dalam segmen premium, namun tidak akan melangkau harga sebuah model 250 cc,” terang sumber Careta.
Dengan teknologi engine 4- injap SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA) and sejukan cecair, enjin NVX nyata moden.
Dan kuasa enjin mencapai 14.8 hp sementara kadar tork ialah pada 14.4 Nm di 6,000 rpm. Transmisi AT CVT menjanjikan penunggang sekitar bandar yang mudah.
Dari segi keselamatan, Careta diberitahu ia akan datang dengan ABS, dan ini ialah satu keputusan yang disambut baik oleh kami.
Sama-sama kita tunggu akan kemunculan Yamaha NVX selepas raya nanti.
Pihak Careta tak sabar untuk menguji sebuah untuk kami maklumkan prestasinya kepada semua peminta motosikal di luar sana.