Nissan yakin pasaran sedan US bakal meningkat dengan Altima

oleh SALINA JALIL|
Nissan telah melancarkan generasi keenam model sedan mereka, iaitu Nissan Altima. Sedan dengan rekaan terbaru itu kini dilengkapi ciri pacuan semua roda (AWD) dan pemanduan semi-autonomous ProPilot Assist sebagai standard kelengkapan bagi kesemua varian.

Selain daripada ProPilot Assist, Nissan Altima juga dilengkapi Safety Shield 360, satu rangkaian pengawasan keselamatan yang meliputi bahagian depan, sisi dan belakang kenderaan. Sistem ini juga merangkumi Brek Kecemasan Automatik (AEB), sistem pengesan pejalan kaki, dan juga sistem amaran pertukaran laluan (lane departure warning).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurut Ketua Bahagian Rekaan Nissan, Alfonso Albaisa menyebut: “pelancaran (Nissan Altima) ini menunjukkan petanda (pasaran) sedan sedang kembali kepada sedia kala,” ujar beliau ketika majlis pelancaran di New York.

 

Pasaran di Amerika menyaksikan penurunan 11 peratus jualan segmen kereta kerana pengguna kebanyakan telah berhijrah kepada trak ringan dan SUV. Manakala pasaran Altima mencatatkan penurunan 17 peratus kepada 254,996 unit.

 

nissan

 

Namun begitu, Michael Bunce, Naib Presiden Perancangan Produk Nissan Amerika Utara optimis dengan pengenalan model Altima terbaharu ini. Menurutnya lagi, tahun 2017 menyaksikan persaingan rapat antara Nissan Altima dengan pengeluar rakan senegara iaitu Toyota Camry dan Honda Accord.

 

Bunce menyebut lagi, walaupun pada ketika ini pasaran sedan sedang menurun, terdapat satu trend peningkatan tahap minat terhadap sedan dikalangan anak muda disebabkan kebanjiran model crossover dan SUV.

 

“Ada sinar harapan untuk pasaran sedan di sini (Amerika), jadi kami tidak akan berputus asa dengan mudah,” tambah beliau.

 

 

Berita Global:  Automotive News (autonews.com)

Penulis muda: Muhamad Hanif

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…