Dua buah trak Kelas Lapan berjenama Kenworth dan syarikat pemula Nikola itu dibekalkan oleh syarikat logistik Avant-Garde Auto Logistics LLC, di mana ia akan digunakan untuk membawa kereta-kereta Nissan dari Pelabuhan Los Angeles ke pusat-pusat pengedar berhampiran.
Menurut Chris Syles, naib presiden Pengurusan Rantaian Bekalan Nissan Amerika Utara berkata, "meneroka penggunaan trak BEV sebagai kenderaan penghantaran baharu merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan kami ke arah neutraliti karbon.
"Dengan menjadi pengguna awal, kami mahu mempamerkan semangat inovatif dan meletakkan diri kami untuk mencapai matlamat jangka panjang bagi pengangkutan sifar emisi.
Nissan turut bekerjasama dengan rakan logistik Wallenius Wilhlmsen untuk memasang stesen pengecasan berdekatan Pelabuhan Los Angeles, selain merancang untuk menambah bilangan trak elektrik yang akan digunakan di kawasan Los Angeles.