Namun, kesunyian itu dipecahkan sendiri oleh Nissan menerusi satu ciapan di laman mikroblog Twitter di mana mereka sedang merancang sesuatu dengan jentera Nissan GT-R50 itu.
Berita itu diperkuatkan lagi dengan hantaran yang dilakukan oleh Italdesign yang menyebut, "Nissan GT-R50 by Italdesign kini sedia untuk berlepas. Setelah selesai melakukan ujian akhir, jentera itu menuju ke lapangan terbang untuk perjalanan antarabenua pertamanya ke Tokyo. Nak tahu apa yang bakal berlaku? Tunggu!"
There’s just one thing we want under the tree: a GT-R50 by @italdesign? The ship has left and the test car is coming to Japan early next year. Stay tuned! https://t.co/TOvMjEuzW7 #OMGTR pic.twitter.com/1bQDiIVoWN
— Nissan Motor (@NissanMotor) December 24, 2020
Tiada sebarang petanda berhubung apa yang bakal dilakukan oleh kedua-dua Italdesign dan Nissan, namun berdasarkan gambar jentera tersebut diberikan pelekat 'Test Car'.
Nissan GT-R50 menampilkan rekaan luaran yang serba unik, dan enjin 3.8 liter V6 turbo-berkembar yang mampu menghasilkan 710 kuasa kuda dan 780 Nm.
Ia sememangnya lebih berkuasa berbanding Nissan GT-R Nismo berkuasa 600 hp itu, dan tanda harga yang amat mahal, €990,000 (RM4.9 juta) tidak termasuk cukai jalan dan opsyen.