Nissan Skyline NISMO 2024 - nadi V6 turbo berkembar, 420 hp, 1000 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin sekali satu model pengakhiran buat sedan Skyline, sebelum Nissan memadankan plet nama tersebut pada bentuk badan SUV elektrik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memperkenalkan, Nissan Skyline NISMO 2024, di mana hanya 1,000 unit sahaja sedan pantas tersebut yang akan diproduksikan, dan kesemua unit tersebut dikhususkan untuk pasaran Jepun sahaja.
 

Skyline


Sesuai dengan nama NISMO, sedan Skyline NISMO ini mendapat talaan pada sistem suspensi yang direka untuk mengurangkan kesan olengan, rim Enkei 19 inci yang lebih ringan dan lebar, pad brek yang dinaiktaraf, serta sistem ABS yang turut ditala semula untuk memendekkan jarak pemberhentian.

Dari segi kuasa, Nissan Skyline NISMO membawakan nadi 3.0 liter bentangan V6 turbo berkembar yang mampu menjana kuasa 420 hp dan 550 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik tujuh nisbah kelajuan.
 

skylione


Bukan itu sahaja, terdapat mod pemanduan sport dan sport+ yang direka untuk mengubah talaan pada enjin dan suspensi.

Penampilan luaran Skyline NISMO ini terdiri daripada kit badan khas NISMO pada bampar depan dan belakang, side sills, serta logo NISMO.
 

skyline


Ruang kabin pula dihiasi dengan tempat duduk Recaro, serta tidak ketinggalan penjenamaan NISMO pada sesetengah tempat.

Daripada 1,000 unit yang akan diproduksikan, 100 unit Skyline NISMO akan ditampilkan dalam trim NISMO Limited yang membawakan penghormatan kepada model klasik S54A-1 Skyline GT tahun 1964.

Harga jualan Nissan Skyline NISMO 2024 bermula dari 7,880,400 yen (RM251,553) dan akan mula dijual pada tahun hadapan.

Baca: Nissan Skyline bakal jadi SUV elektrik

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…