Nissan Serena S-Hybrid serba baharu kini boleh ditempah

oleh SALINA JALIL|
Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk model terbaharu Nissan Serena S-Hybrid kini telah dibuka. Ia bakal dilancarkan seawal bulan Mei 2018.

Mewarisi nadi yang sama seperti generasi sebelumnya, Nissan Serena S-Hybrid dipacu dengan enjin berkapasiti 2.0 liter MR20DD CVTC dan dipadankan dengan transmisi XTRONIC CVT serta Adaptive Shift Control (ASC). Enjin ini mampu menjana kuasa sehingga 150PS pada 6000rpm dan tork setinggi 200Nm pada 4,400 rpm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Terdapat ciri Dual Arm Tensioner (DAT) dipasangkan bagi mengurangkan masalah kehilangan kuasa serta memperbaiki tahap penggunaan bahan api.

 

Nissan Serena S-Hybrid dilengkapi dengan Sistem Hibrid Pintar yang terdiri daripada motor ECO yang telah dinaik taraf untuk mengawal sistem berhenti melahu (stop idling) dan memberi kuasa tambahan kepada daya tork ketika memecut dari titik pegun. Sistem ini juga berfungsi sebagai alternator tambahan ketika proses nyah pecutan bagi memudahkan pemulihan tenaga.

 

Hasil penambahbaikan ini membolehkan Nissan Serena menawarkan penjimatan minyak yang terbaik di dalam kelasnya (14.2 km/liter - NEDC R101). Ini meletakkan Nissan Serena S-Hybrid ini layak mendapat status Energy Efficient Vehicle (EEV).

 

Kereta ini telah dilengkapi dengan bantuan NISSAN Intelligent Mobility (NIM). Ini termasuklah ciri Monitor Pintar Pandangan Sekeliling (I-AVM) yang pertama di dalam kelasnya dengan penggunaan 4 buah kamera bagi mewujudkan padangan maya seluas 360° dari arah atas untuk memudahkan navigasi.

 

Sistem Pengesan Objek Bergerak (I-MOD) pula mampu mengesan pergerakan objek di sekeliling seterusnya memberikan amaran kepada pemandu. Pintu Gelongsor Berkembar dengan Sensor Pengesan Kaki membolehkan pintu dibuka atau ditutup dengan hanya mengesan pergerakan kaki di bawah pintu.

 

 

Untuk keselesaan para penumpang, Nissan Serena ditawarkan dengan 7 tempat duduk “Captain Seats” dengan 7 slot USB memudahkan kesemua penumpang mengecas peranti masing-masing tanpa perlu berebut.

 

Dari segi keselamatan, Nissan Serena S-Hybrid kini dilengkapi dengan 6 Beg Udara SRS sebagai ciri standard. Antara ciri-ciri keselamatan lain termasuklah Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Jejak (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Membrek (BA), Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan 2 cagak ISOFIX dengan Top Tether.

 

Nissan Serena S-Hybrid serba baharu kini boleh dilihat secara dekat di beberapa buah pusat membeli belah terpilih mulai 3 April. Pengunjung juga boleh memuat turun aplikasi augmented reality (untuk iOS dan Android) untuk melihat maklumat berkenaan Nissan Serena S-Hybrid serba baharu ini.

 

Jadual pameran Island Display adalah seperti berikut:

Tarikh

Wilayah

Lokasi

3 - 8 April

Pantai Timur

AEON KB, Kota Bahru

3 - 8 April

Tengah

IPC Shopping Mall, Petaling Jaya

5 - 8 April

Tengah

Tropicana City Mall, Petaling Jaya

6 - 8 April

Sarawak

Vivacity Megamall, Kuching

7 - 8 April

Sabah

Imago Times Square, Kota Kinabalu

11 -15 April

Tengah

Alamanda Mall, Putrajaya

12 – 15 April

Selatan

AEON Seremban 2, Seremban

17 – 22 April

Tengah

AEON Shah Alam, Selangor

20 – 22 April

Selatan

Sutera Mall, Johor Bahru

23 – 29 April

Tengah

Sunway Pyramid, Sunway

25 – 29 April

Tengah

One Utama, Petaling Jaya

26 – 29 April

Utara

Queensbay Mall, Penang

26 – 29 April

Selatan

MYDIN MITC, Melaka

27 – 29 April

Tengah

Melawati Mall, Kuala Lumpur

27 – 29 April

Tengah

1 Mont Kiara, Kuala Lumpur

27 April – 1 May

Tengah

IOI City Mall, Putrajaya

3 – 6 May

Tengah

Starling Mall, Petaling Jaya

3 – 6 May

Utara

Ipoh Parade, Ipoh

3 – 6 May

Utara

Gurney Plaza, Penang

 

 

Jadual siri jelajah adalah seperti di bawah:

Tarikh

Wilayah

Lokasi

3 - 8 April

Selatan

AEON Bukit Indah, Johor Bahru

6 - 8 April

Tengah

Leisure Mall Cheras, Kuala Lumpur

26 – 29 April

Tengah

MAI Autoshow @ MAEPS, Serdang

26 – 29 April

Pantai Timur

Kuantan City Mall, Kuantan

2 – 6 May

Tengah

Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

3 – 6 May

Tengah

Empire Shopping Gallery, Subang

4 – 6 May

Tengah

iCar Asia Test & Buy @ Setia City Convention Centre

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada itu, JCOTY telah memilih keicar Mitsubishi Delica Mini untuk memenangi anugerah…
Berita Global
Menurut Kementerian Tanah, Pengangkutan, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Nissan…
Berita Domestik
Antara promosi utama ialah model Nissan X-Trail Black Edition yang didatangkan dengan pakej…