Nissan Serena e-POWER, kenderaan elektrik yang menggunakan enjin petrol

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Serena e-POWER
Nissan Serena e-POWER. Kredit: Nissan
Isu yang biasa ditimbulkan apabila kami menulis tentang kenderaan elektrik (EV) ialah tempoh mengecas dan kos elektrik. Tidak dinafikan, EV sama seperti kenderaan yang menggunakan bahan api fosil mempunyai kelemahan tersendiri. Pengguna juga tidak salah untuk merasa skeptikal kerana itu adalah hak mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun satu sifat yang ada pada manusia atau peneraju teknologi ialah mereka tidak berputus asa. Walaupun kenderaan berenjin sudah berusia lebih dari seratus tahun, kemajuan serta inovasi masih tidak terhenti dan ada sahaja teknologi baharu dan penambah baikan diperkenalkan.

Itu tidak termasuk projek-projek penyelidikan di institut pengajian tinggi yang tidak dimajukan atau dikomersilkan.

Kepada mereka yang merasa leceh untuk menunggu lama bagi mengecas EV atau merasakan jarak untuk cas penuh bateri masih lagi rendah, teknologi e-POWER dari Nissan ini mungkin jawapan sesuai.

Nissan e-POWER. Kredit: Nissan
Nissan e-POWER. Kredit: Nissan

 

Pameran Kenderaan Tokyo ke-45 bermula pada 25 Oktober dan Nissan akan menggunakan acara tersebut untuk mempertonton Serena e-POWER yang menggunakan sistem pacuan elektrik e-POWER.

Serena e-POWER ialah model Nissan kedua yang menggunakan teknologi canggih tersebut. e-POWER sebenarnya masih baharu, ia mula diperkenalkan pada November 2016 melalui model Nissan Note e-POWER yang ditawarkan khas untuk pasaran Jepun.

Sistem pemanduan elektrik tersebut menggunakan teknologi sama seperti Nissan LEAF yang merupakan EV paling laris di dunia. Bezanya ialah, e-POWER menggunakan enjin petrol kecil untuk mengecas bateri dan ini menafikan satu kerisauan pengguna tentang isu tempoh pengecasan. 

Nissan e-POWER. Kredit: Nissan
Nissan e-POWER. Kredit: Nissan

 

Sistem e-POWER menggunakan pacuan motor elektrik sepenuhnya di mana roda digerakkan oleh motor elektrik. Kuasa dari bateri dengan output tinggi dihantar ke nadi kuasa kompak e-POWER yang terdiri dari enjin petrol, penjana kuasa (power generator), penyongsang (inventor) dan motor.

Secara ringkasnya, melalui sistem e-POWER ini enjin petrol tidak menggerakkan roda dan ia hanya untuk mengecas bateri. Oleh itu masalah untuk mengecas bateri di rumah atau di mana-mana poin pengecasan dihapuskan terus.

Walau bagaimaanapun, motor dan bateri lebih besar diperlukan kerana motor tersebut adalah satu-satunya punca kuasa untuk menggerakkan roda.

Senario ini telah memberikan cabaran besar buat pengeluar untuk memuatkannya pada kereta kompak.

Nissan e-POWER. Kredit: Nissan
Nissan e-POWER. Kredit: Nissan

 

Nissan telah berjaya mengatasi halangan ini dengan menghasilkan pakej nadi kuasa yang lebih ringan, kaedah kawalan motor lebih responsif dan mengoptimumkan pengurusan tenaga.

Hasil yang didapati begitu positif apabila e-POWER menggunakan bateri lebih kecil dari LEAF tetapi pada masa sama memberikan pengalaman pemanduan sama seperti sebuah EV. 

Selain teknologi janaan kuasa canggih, Nissan Serena e-POWER turut menggunakan sistem ProPILOT yang merupakan teknologi canggih pemanduan autonomous untuk kegunaan di lebuh raya. 

Nissan Serena e-POWER akan mula dijual di Jepun pada tahun depan dan penawaran teknologi seperti ini begitu menarik jika dapat diperkenalkan oleh Edaran Tan Chong Motor di pasaran tempatan.

Bukan sekadar menjual Nissan Grand Livina atau Almera yang sudah berusia atau X-Trail 2.0 dengan dua beg udara.

Barulah sepadan dengan kemajuan teknologi EV dan daya saing yang dimiliki Nissan di peringkat global. 

 

Nissan Serena e-POWER. Kredit: Nissan
Nissan Serena e-POWER. Kredit: Nissan

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…