Nissan Serena 2.0L S-Hybrid baharu dibuka untuk tempahan

oleh SALINA JALIL|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengumumkan bahawa Nissan Serena 2.0L S-Hybrid baharu dalam dua varian; Highway Star (biasa) pada anggaran harga di bawah RM140,000 dan Premium Highway Star (eksklusif) pada anggaran harga di bawah RM155,000 tanpa insuran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk varian Premium Highway Star, perbezaan dari varian biasa adalah dari segi warna luaran dua tona, ruang dalaman kabin adalah kombinasi kulit dan pilihan warna dua tona coklat iaitu Truffle Brown dan Chestnut atau hitam keseluruhan. Varian ini juga didatangkan dengan panel LCD 10.1 inci yang terletak di bahagian bumbung, alas meja, perakam video pemanduan (DVR) dan lampu bumbung dari LED.  
 

dashboard

 

Aksesori lain adalah rim aloi potongan berlian, bersaiz 16 inci, visor pintu dan tinting filem V-Kool 4Mil serta salutan badan glass ThreeBond. 
Untuk warna luaran dua tona pula, pilihan yang diberikan adalah seperti berikut:-
- coklat, imperial umber (bumbung) dan emas, cashmere gold (badan)
- hitam, diamond black (bumbung) dan perak, tungsten silver (badan)
- hitam, diamond black (bumbung) dan putih, brillant white (badan)
 

 

 

Tiada infomasi atau perubahan mengenai bahagian enjin, walaupun kami difahamkan ia adalah dari Nissan Xtrail yang berada di pasaran. Walaupun ia bukan sebuah kenderaan hybrid sepenuhnya kerana ia adalah 'semi' hybrid tetapi Serena ini adalah MPV nombor satu di Jepun bagi kategori MPV saiz sederhana (Januari sehingga Mac 2018.

Sesi pandu uji juga telah dibuka di beberapa bilik pamera terpilih pada 14 sehingga 15 April ini dan 20 sehingga 22 April bermula dari jam 10 pagi sehingga 8 malam.

Bilik pameran yang terpilih adalah seperti berikut:-
 

Tarikh

Wilayah

Lokasi

 

 

 

 

14 – 15 April

 

Tengah

ETCM Glenmarie, Selangor

ETCM Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

 

Utara

ETCM Butterworth, Pulau Pinang

EtCM, Ipoh, Perak

 

Selatan

ETCM Johor Jaya, Johor Bahru

ETCM Seremban, Negeri Sembilan

Pantai Timur

ETCM Kuantan, Pahang

 

Malaysia Timur

ETCM Kota Kinabalu, Sabah

ETCM Kuching, Sarawak

20 – 21 April

Utara

ETCM Alor Setar, Kedah

Pantai Timur

ETCM Kota Bharu, Kelantan

 

 

 

 

21 – 22 April

 

Tengah

ETCM Petaling Jaya, Selangor

ETCM Southgate, Kuala Lumpur

Utara

ETCM Bayan Lepas, Penang

 

Selatan

ETCM Batu Pahat, Johor

ETCM Melaka, Melaka

 

Malaysia Timur

ETCM Sandakan, Sabah

ETCM Miri, Sarawak

 

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

 

2nd row

 

3rd row

 

front camera

 

 

half boot

 

front

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada itu, JCOTY telah memilih keicar Mitsubishi Delica Mini untuk memenangi anugerah…
Berita Global
Menurut Kementerian Tanah, Pengangkutan, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun, Nissan…
Berita Domestik
Antara promosi utama ialah model Nissan X-Trail Black Edition yang didatangkan dengan pakej…