Perkara ini membuat pembuat kereta terbaharu turut melaraskan pelan tersebut sebagai tindak balas kepada kebimbangan mengenai permintaan untuk EV di Amerika Syarikat selepas GM, Ford, Audi dan jenama lain.
Walaupun rekod jualan EV pada tahun 2023 merupakan tahun terbaik namun kadar pertumbuhan pada suku keempat tahun itu lebih rendah dari tahun sebelumnya.
Menurut memo yang dilihat Autonews, Nissan menyatakan “keperluan untuk meningkatkan daya saing produk” sebagai di sebalik keputusan untuk menangguhkan pengeluaran EV di kilangnya di Amerika.
Oleh itu, sedan EV pertama yang akan dilancarkan untuk pengeluaran adalah pada November 2026 manakala model EV kedua yang dipasarkan sebagai Infiniti pada April 2027.
Terdapat sumber yang tidak dinamakan memaklumkan kepada Autonews bahawa Nissan bimbang tentang keuntungan dan permintaan untuk EV.
Harga untuk EV kekal tinggi secara purata, dan dengan kadar faedah yang dinaikkan pada masa ini mempengaruhi penjualan barangan seperti kereta premium,
Terdapat juga kebimbangan bahawa jualan dalam kategori itu mungkin akan mengalami penurunan pertama tahun ke tahun.
Sebanyak $500 juta telah dilaburkan pada Kilang Nissan di Canton tersebut untuk pengeluaran EV serta untuk menjadikan sebuah hab inisiatif elektrifikasi di benua tersebut.
Nissan kini sedang bercadang untuk melanjutkan pengeluaran kenderaan enjin pembakaran dalaman untuk setahun lagi.