Kerisauan kerana jarak atau “range anxiety” ialah antara masalah utama kenderaan elektrik atau EV.
Ia bermaksud seseorang itu akan mengalami kerisauan melampau bila memandu sebuah EV, kerana tidak seperti kenderaan dengan enjin konvensional, sebuah EV memerlukan masa berjam-jam untuk dicaj dan “power bank” di dalam beg anda memang tidak memadai.
Kerana itu, kerisauan melampau itu menjadi onar utama yang menghalang ramai dari membeli sebuah EV.
Menurut Hiroto Saikawa, CEO untuk Nissan, syarikat beliau memandang serius akan masalah “range anxiety” ini dan beliau merasakan jarak paling bagus untuk sebuah EV itu ialah minimum 550 km.
Kazuo Yajima, Pengarah EV dan HEV untuk Renault-Nissan Alliance Global menyokong rakan sekerjanya dan berkata masa hadapan akan menggunakan kenderaan EV asli dan bukannya hibrid plug-in.
Yajima seterusnya berkata Nissan sudah mempunyai prototype yang boleh berjalan sejauh 550 km tetapi masih mampu membawa kargo dan penumpang seperti apa yang Nissan Leaf EV yang ada sekarang.
“Jarak itu dicapai dengan menggunakan sel bateri baharu yang disusun dengan lebih kompak,” terangnya.
Careta berharapkan juga agar kenderaan EV dari Nissan akan hadir dengan bentuk yang lebih ranggi dari bentuk sabun Popinjay yang digunakan oleh Nissan Leaf.
Mungkin Leaf generasi baharu akan kelihatan se-ranggi apa yang spyshots tunjukan.