Nissan sah tamatkan produksi Titan tahun depan, jualan semakin merudum

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Titan merupakan salah satu daripada model trak pikap saiz penuh yang dihasilkan untuk pasaran Amerika Syarikat.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ia hanya sempat hidup selama dua generasi sahaja, di mana Nissan dilapor akan menghentikan produksi model tersebut menjelang musim panas tahun 2024.
 

titan


Laman Motor1 turut mendapatkan pengesahan daripada wakil jurucakap Nissan, di mana kilang produksi Titan di Canton, Missisippi akan diubah menjadi pusat pengeluaran EV di bawah visi Ambition 2030 Nissan.

Jelas wakil itu lagi, langkah terbaharu ini akan menyokong proses produksi dua buah EV serba baharu dan tidak akan menjejaskan kapasiti tenaga pekerja di kilang tersebut.
 

titan


Lebih menarik perhatian, berita 'kematian' Nissan Titan ini timbul dalam masa beberapa hari selepas Nissan mengumumkan kemaskini baharu Titan Bronze Edition Package.

Di pasaran yang sememangnya popular dengan barisan model trak pikap saiz penuh, Nissan dilihat melalui jalan yang sukar untuk mencuri secebis pegangan di dalam segmen yang sangat menguntungkan itu.
 

titan


Nissan berjaya mencapai rekod jualan tertinggi Titan pada tahun 2005 di mana sebanyak 86,945 unit trak pikap tersebut telah terjual.

Pada tahun 2009, angka tersebut menjunam kepada 19,042 unit, diikuti 15,063 unit pada tahun 2022 sebelum angka tersebut menurun 5.9 peratus untuk tempoh separuh pertama 2023.

Sumber: The Autopian, Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
TITAN PRO-4X Crew Cab 4x4     TITAN PRO-4X lebih kepada karakter off-road dengan penyerap hentak…
Berita Global
Generasi kedua trak pikap Titan ini mula dijual pada tahun 2015 dan kini ia telah diperbaharui…
Berita Global
Namun, berdasarkan ujian kenderaan baharu yang dijalankan oleh Insurance Institute for Highway…