Nissan Rogue (X-Trail) 2024 diperkenal di AS, 1.5L turbo 3 silinder

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Rogue 2024
Nissan Rogue 2024
Nissan Rogue generasi ketiga diperkenal di Amerika Syarikat pada 15 Jun 2020 dan model kembar X-Trail generasi keempat diperkenal di China 19 April 2021.

Kedua-duanya versi pemanduan kiri dan versi sebelah kanan memasuki Jepun dan Australia pada 2022.

Berbanding generasi sebelum ini, Nissan nampaknya menggunakan strategi dua generasi berbeza untuk pasaran dunia.

Sebagai contoh, X-Trail baharu masih belum memasuki pasaran ASEAN dan X-Trail generasi keempat terus ditawarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Rogue 2024

 

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan telah memperkenalkan Rogue 2024 dengan rupa baharu dan naik taraf kelengkapan.

Rogue dibahagikan kepada empat varian iaitu S, SV, SL dan Platinum yang kesemuanya digerakkan enjin KR15DDT 1.5 liter tiga silinder turbo.

Enjin itu menghasilkan 201 kuasa kuda (hp) pada 5,600 rpm dan tork 305Nm dari 2,800 sehingga 4,000 rpm. 

Kotak gear CVT Xtronic dan pilihan pacuan dua atau semua roda dipadan bersama enjin. Turut dilengkapi Idle Stop/Start untuk penjimatan petrol.

 

Nissan Rogue 2024

 

Reka bentuk Rogue yang menonjol diserlahkan lagi dengan jeriji V-motion baharu, rekaan dalam lampu belakang dan logo kemasan satin. 

Rogue SV menggunakan rim 18 inci baharu. Pada bahagian dalam Nissan menggunakan warna dan tekstur baharu untuk panel pintu, kerusi dan konsol tengah.

Bahagian luar dan dalam Rogue nampak sepadan dan memberikan suntikan berbeza daripada pesaing lain.

Selain itu, pad pengecas tanpa wayar, skrin multimedia dan skrin meter 12.3 inci dijadikan ciri asas untuk Rogue SL.

 

Nissan Rogue 2024

 

Di antara empat varian, Rogue Platinum ditonjolkan dengan gaya mewah seperti lengkungan roda hitam kilat, riasan khas dan rim 19 inci baharu.

Bahagian dalam pula ditawarkan dalam balutan coklat Chestnut yang membangkitkan aura mewah untuk sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) keluarga.

Selain itu, Rogue SL dan Platinum dilengkapi sistem Google built-in dengan aplikasi Google Assistant, Google Maps dan pelbagai lagi.

Sistem Google built-in membolehkan pengguna menikmati aplikasi Google tanpa perlu menghubungkan atau menyambungkannya dengan telefon pintar.

 

Nissan Rogue 2024

 

Tidak eksklusif, pengguna masih boleh menghubungkan iPhone dengan sistem multimedia. Rogue S dan SV didatangkan bersama skrin lapan inci.

Dari segi praktikaliti, kerusi baris kedua boleh dipisahkan secara 60/40 dan kapasiti simpanan sehingga 2,098 liter apabila dilipat sepenuhnya.

Lebih mudah, Rogue SV dan ke atas dilengkapi pintu but berkuasa dan bukaan dengan gerakan (motion-activated) untuk SL dan Platinum.

Dari segi keselamatan, kesemua varian Rogue dilengkapi Nissan Safety Shield® 360 dengan fungsi Peringatan Lintasan Trafik Belakang dan Amaran Titik Buta.

 

Nissan Rogue 2024

 

Turut dilengkapi Amaran Lencongan, Bantuan Lampu Tinggi, Pembrekan Belakang Automatik dan Pembrekan Kecemasan Automatik dengan Pengesanan Pejalan Kaki.

Rogue SV dilengkapi ProPILOT Assist manakala Rogue SL dan Platinum didatangkan bersama ProPILOT Assist dengan Navi-Link.

Fungsi itu menggunakan maklumat dari pengesanan lokasi kenderaan untuk melaras kelajuan Rogue sebelum melalui persimpangan atau selekoh lebuh raya.

Harga belum dikongsi dan Rogue 2024 mula ditawarkan di Amerika Syarikat pada awal 2024.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan

 

Nissan Rogue 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada masa sama, Rogue generasi kedua (versi X-Trail) mula dijual di AS pada November 2013 di…
Berita Global
Meskipun beberapa keping gambar tersebut dilihat tidak begitu jelas, namun ia sudah cukup untuk…
Berita Global
Walaupun di dalam dokumen itu tidak menyebut sebarang nama model, akan tetapi rekaan yang…