Nissan perkenal rangkaian produk campervan

oleh Mohamad Hanif|
Nissan telah melancarkan rangkaian produk campervan mereka, termasuklah sebuah model campervan elektrik e-NV200 pada Madrid Motor Show 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kesemua campervan tersebut mempunyai rekaan bumbung yang boleh dinaikkan (extendable roof) yang mampu memuatkan empat orang berdiri dengan selesa, menurut kata Nissan. 
 


Campervan Nissan ini juga didatangkan dengan katil jenis double, namun hanya model campervan NV300 yang lebih besar mampu memuatkan empat orang dewasa tidur dengan selesa, terima kasih kepada sebuah lagi katil yang muncul ketika bumbung tersebut dinaikkan sepenuhnya. 

Selain daripada dua buah katil double, campervan NV300 juga mampu memuatkan peti sejuk, sinki dan alat pemanas bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan ketika bermalam di sesebuah tempat yang sejuk. 
 


Campervan Nissan ini dijangka akan menerima persaingan yang sengit daripada VW California dan Mercedes-Benz V-Class Marco Polo. 

Sayang sekali, produk campervan yang masih belum diketahui harga itu hanya dipasarkan khusus untuk pasaran di Sepanyol sahaja. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model itu ringan, siap untuk berlumba dan berbadan lebar. Type 964 RSR 3.8 juga memakai logo…
Gaya Hidup
Untuk sesetengah pasaran, Nissan menawarkan van panel komersial yang dipacu dengan motor elektrik…
Berita Global
Trak pikap Mercedes-Benz, X-Class memang bakal dijadikan pelbagai varian dan Mercedes-Benz sendiri…