Nissan Patrol Super Safari Al Ostoura, model legenda untuk Negara Teluk!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Patrol Super Safari Al Ostoura
Nissan Patrol Super Safari Al Ostoura
Jika Toyota Land Cruiser siri J70 dikeluarkan sejak 1984 sehingga sekarang, sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) dari Jepun juga sama. 

Nissan Safari generasi kelima (Y61) dikeluarkan sejak 1997 dan berterusan sehingga kini. 

Bagi meraikan model yang ikonik, Nissan memperkenalkan Patrol Super Safari Al Ostoura khusus untuk pasaran negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC). 

Al Ostoura (الأسطورة) bermaksud legenda dan Patrol Super Safari mempunyai hubungan yang mendalam dengan penduduk di rantau itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Patrol Super Safari Al Ostoura 2024

 

Patrol Super Safari atau juga dipanggil sebagai VTC diasaskan dari Patrol generasi kelima yang dikeluarkan dari 1997 dan dihentikan pada 2010.

Keupayaannya di atas pelbagai permukaan dan kuasa dimiliki menjadikannya terkenal di kalangan peminat off-road dan mereka yang sukakan cabaran di rantau Teluk.

Disebabkan permintaan dari pelanggan GCC, Patrol dikeluarkan semula sebagai Patrol Super Safari pada 2016 dan terus dikeluarkan sehingga kini.

Di antara ciri khas pada model istimewa ini ialah logo Al Ostoura since 1951 di dalam bahasa Arab dan khat pada tiang C, enjin dan perkakasan dalaman. 

 

Nissan Patrol Super Safari Al Ostoura 2024

 

Bukit pasir Arab turut dijadikan ilham kepada rekaan grafik badan kereta. Ciri lain yang jelas kelihatan ialah rim aloi 17 inci, grafik badan sisi dan pendakap pada pintu.

Patrol Super Safari Al Ostoura digerakkan enjin 4.8 liter enam silinder sebaris yang menghasilkan 280 kuasa kuda (hp) dan tork 451Nm. 

Enjin itu mempunyai teknologi Kawalan Pemasaan Injap (VTC) dan Sistem Kawalan Induksi Nissan (NICS) untuk prestasi di laluan off-road dan kelajuan di lebuh raya.

Pelanggan ditawarkan pilihan kotak gear manual atau automatik lima kelajuan.

 

Nissan Patrol Super Safari Al Ostoura 2024

 

Mengemudi Al Ostoura ialah stereng kuasa kawalan elektronik untuk kawalan mudah pada kelajuan rendah dan pengendalian kemas pada kelajuan tinggi.

Turut dilengkapi kawalan jelajah, sistem pengawasan tekanan tayar, dua beg udara, brek anti kunci (ABS) dan Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC).

Selain Patrol Super Safari, Nissan turut menawarkan Patrol generasi keenam (Y62) termasuk Patrol NISMO yang menonjol dengan imej perlumbaan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan