Lima belas buah kereta itu menunjukkan kebolehan Nissan dalam projek-projek custom dan bukanlah sebagai pengeluar kenderaan semata-mata. Juga dipamerkan ialah jenama AUTECH yang baru sahaja diberi nafas baharu dengan mengfokuskan kepada naik taraf premium dan pemanduan sporti.
Selain kereta jalanan dan konsep, Nissan turut membawa kereta lumba legenda mereka iaitu GT500 MOTUL AUTECH GT-R 2016 yang merupakan kereta juara GT500 bagi kategori pemandu dan pasukan pada tahun 2014 dan 2015.
Berikut ialah senarai dan gambar kenderaan yang bakal dipamerkan di TAS 2018:
- Nissan LEAF Grand Touring Concept
- Nissan NV350 Caravan Grand Touring Concept
- Nissan X-Trail Grand Touring Concept
- Nissan Fairlady Z Heritage Edition
- Nissan Elgrand Special Edition
- Nissan Note e-POWER C-Gear
- Nissan Serena e-POWER AUTECH Concept
- Nissan Note e-POWER AUTECH Concept
- Nissan X-Trail AUTECH Concept
- Nissan Serena NISMO
- Nissan LEAF NISMO
- Nissan Note e-POWER NISMO (dilengkapi dengan NISMO sports parts)
- Nissan GT-R NISMO
- Nissan X-Trail (NISMO Performance Package)
- MOTUL AUTECH GT-R (kereta yang digunakan pada perlumbaan Super GT GT500 2016)
Penulis: Muhammad Md Tajudin
Kredit gambar: (C) Nissan