Nissan Nurtures Nature - Kempen dari Nissan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini melancarkan kempen eco Nissan Natures Nature sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun 2018 yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen ini bertujuan untuk mengumpulkan pelanggan dan ahli keluarga Nissan, rakan niaga, organisasi tidak berasaskan keuntungan bagi mencipta perubahan positif dan bermakna kepada alam sekitar. 
 


Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, "Kempen Nissan Nurtures Nature ini merupakan komitmen kami untuk meningkatkan kesedaran hidup secara harmoni dengan alam sekitar dan memberikan inspirasi ke arah perubahan gaya hidup yang sihat."
 


Menerusi kempen ini, ETCM menumpukan kepada aktiviti yang berasaskan 3R: 

  • Reduce (mengurangkan)
    menanam anak pokok dan menjadikan kawasan premis yang lebih hijau mengurangkan karbon dioksida dan menghasilkan oksigen , 
  • Recycle (kitar semula)
    menukar bahan buangan menjadi bahan boleh digunakan semula dan 
  • Reconnect (berhubung semula)
    mendidik pemilik serta pelanggan akan peranan di dalam menymbang kembali kepada alam sekitar. 

Dari segi pengurusan operasi harian, ETCM juga turut mengamalkan pemasangan sistem panel solar di kilang pemasangan Serendah dan pusat rawatan air, membuat proses pengasingan sampah, dan penanaman pokok serta membuat kawalan pengurusan bahan buangan produksi yang ketat sebagaimana yang telah dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar. 
 


Siri pertama Kempen Nissan Nurtures Nature akan diadakan pada 23 dan 24 Jun 2018 bersama Karnival Pandu Uji Nissan, secara eksklusif di ETCM Glenmarie, ETCM Bayan Lepas dan ETCM Batu Pahat.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Model Terbaharu
Dari sudut luaran, Nissan Serena J IMPUL ini mendapat kemasan krom dengan rekaan bampar yang lebih…