“Komponen-komponen yang dihitamkan adalah trend baru dan sememangnya membuatkan Nissan Navara – Siri Hitam baharu lebih menyerlah. Dengan gayaan yang agresif dan bergaya, kami percaya ia akan menjadi varian popular dalam kalangan pembeli trak pikap di Malaysia,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran, Christopher Tan.
Navara masih menawarkan prestasi pemanduan yang dinamik. Varian VL dilengkapi enjin turbo diesel intercooler bersesaran 2.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa 190PS dan 450Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan yang pertama dalam kelasnya bersama mode manual untuk pecutan lebih lancar. Navara menjadi trak pikap Jepun pertama di Malaysia dipasang dengan sistem suspensi Multi-Link di belakang yang menawarkan tahap keselesaan dan pengendalian seperti sebuah SUV. Ia juga merupakan satu-satunya trak pikap yang menggunakan tempat duduk Sifar Graviti yang membantu mengurangkan keletihan pemandu dalam perjalanan jauh.
Komponen-komponen Siri Hitam dipasang terus dari kilang dan hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
NISSAN Navara – |
2.5 VL Auto (RM) |
2.5 V Auto (RM) |
2.5 SE Auto (RM) |
Semenanjung Malaysia |
124,800 |
115,800 |
108,800 |
Sabah & Sarawak |
126,800 |
117,800 |
110,800 |
Langkawi |
118,600 |
110,000 |
103,500 |
Labuan |
119,600 |
111,000 |
104,500 |
*Harga OTR termasuk GST (kecuali Langkawi dan Labuan), tanpa insurans
MEMILIKI NISSAN DAN TAKLUKI GALAKSI
ETCM juga telah memulakan Pusingan ke-2 Kempen Akhir Tahun bagi pelanggan yang membeli sebuah Nissan berpeluang untuk memenangi percutian bertemakan STAR WARS: THE LAST JEDI ke Croatia.
Dengan tema ‘Memiliki Nissan dan Takluki Galaksi’, kempen ini menawarkan rebat dan penjimatan yang mengagumkan sehingga RM8,000 ke atas model-model terpilih Nissan. Promosi RM1 untuk pakej aksesori premium* juga diteruskan dengan rebat sehingga RM6,500* juga ditawarkan.
Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran, Karnival Pandu Uji dan Siri Jelajah Nissan untuk melihat sendiri Nissan Navara – Siri Hitam baharu serta tawaran STAR WARS: THE LAST JEDI di lokasi-lokasi berikut:
Jadual Karnival Pandu Uji
Tarikh |
Wilayah |
Lokasi |
9 – 10 Disember |
Tengah |
ETCM Petaling Jaya |
9 – 10 Disember |
Timur |
ETCM Kuantan |
9 – 10 Disember |
Selatan |
ETCM Seremban |
9 – 10 Disember |
Utara |
ETCM Butterworth |
9 – 10 Disember |
Sabah |
IMAGO Times Square, Kota Kinabalu |
9 – 10 Disember |
Sarawak |
VIVACITY Kuching |
16 – 17 Disember |
Utara |
ETCM Sitiawan |
16 – 17 Disember |
Selatan |
ETCM Batu Pahat |
16 – 17 Disember |
Sabah |
ETCM Sandakan |
Jadual Siri Jelajah
Tarikh |
Lokasi |
1 – 25 Disember |
MidValley Megamall (South Court), Kuala Lumpur |
4 – 10 Disember |
VIVACITY Megamall, Kuching |
8 – 10 Disember |
IMAGO Times Square, Kota Kinabalu |
14 – 17 Disember |
Kuantan City Mall, Kuantan |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-88-3838.