Nissan LEAF tamat riwayat 2025 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Hatchback berkuasa elektrik Nissan LEAF dilapor akan dihentikan penawarannya dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Automotive News, sumber yang tidak rasmi itu mendakwa produksi EV tersebut di tiga tempat (Jepun, Amerika Syarikat, UK) akan dihentikan sepenuhnya menjelang pertengahan dekad ini.

Dikatakan, tidak akan ada model generasi baharu kepada model Nissan LEAF, sebaliknya sebuah model pengganti serba baharu dirancang untuk EV tersebut.

Ini adalah bertepatan dengan laporan terdahulu di mana Nissan LEAF bakal 'naik pangkat' sebagai sebuah model crossover elektrik yang dibangun berdasarkan platform CMF-EV dan akan mula diproduksi pada tahun 2025.

Baca: Nissan LEAF bakal digantikan dengan crossover
 

Nissan


Sebelum ini, Nissan telah memperlihatkan beberapa buah model konsep, salah satu daripadanya merupakan sebuah crossover elektrik Chill-Out yang dibangun menggunakan platform CMF-EV dan ia dilihat mampu menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Nissan LEAF.

Baca: Nissan umum 23 model baharu menjelang 2030

Semenjak diperkenalkan pada tahun 2010, Nissan LEAF merupakan kenderaan elektrik yang paling laris terjual di dunia pada tahun 2011 hingga 2014, serta pada tahun 2016.

Namun pada tahun 2020, Nissan LEAF telah berjaya dipintas oleh Tesla Model 3 sebagai model EV yang paling laris terjual.

Sehingga 2022, Nissan LEAF telah berjaya diedarkan sebanyak 577,000 unit di peringkat global.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…