Nissan Leaf baharu akan dijual di Malaysia

oleh ONNY IZWAN|
Merdeka Bonanza

Ia ialah kereta yang paling dekat pada kereta elektrik ala Tesla yang kita boleh miliki. Ini bermaksud ia adalah sebuah kereta yang mampu membuatkan kita tidak hirau langsung tentang perubahan atau kenaikan harga bahanapi. 

 

Dan yang paling penting, anda boleh memilikinya di Malaysia. 

 

Selepas pelancaran meluas di semua saluran media diseluruh dunia diumumkan, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengesahkan Leaf terbaharu ini akan di jual di Malaysia pada tahun 2018.

 

Leaf1

Leaf2

Ini memang berita baik bagi kita semua, kerana situasi harga minyak yang tidak menentu dan bertukar-tukar setiap minggu. 

 

Leaf generasi kedua ini merupakan pembaikan dari semua segi dari model sebelumnya, yang juga sebuah kereta yang tidak kurang menakjubkan. 

 

Leaf3

Leaf4

Dan untuk model generasi kedua ini, hampir semua sudut, telah terdapat pembaikan. 

 

Leaf5

Leaf6

Motor elektriknya mampu menghasilkan 38% lebih kuasa dan 26% lebih tork, kini menjadi 110 kW (148 hp) dan 320 Nm. Baterinya juga lebih besar, berkapasiti 40 kWh, menjadikan jarak perjalanan lebih jauh, sejauh 378 km, pada satu cas penuh. Sekarang lebih praktikal untuk digunakan selain dari dalam kawasan bandar. 

 

Leaf7

Leaf8

Leaf baharu ini juga dilengkapi dengan ciri berteknologi maju seperti ProPILOT, ProPILOT Park dan e-Pedal. Yang paling menarik ialah e-Pedal, yang membolehkan pemandu menggunakan penekan minyak sahaja untuk bergerak dan membrek. 

 

Leaf9

 

Kita sama-sama nantikan kehadirannya. 

 

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pertandingan Anugerah Penasihat Servis Cemerlang Nissan Rantau Asia (NISAC) merupakan satu…
Berita Domestik
  Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata bayangkan pengalaman pemanduan serba…
Berita Global
  Peningkatan jualan Alliance dilihat menyeluruh dalam pelbagai segmen daripada crossover, SUV,…