Nissan jadi pengeluar Jepun pertama sertai Formula E!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan jadi pengeluar Jepun pertama sertai Formula E!. Kredit: Nissan
Nissan jadi pengeluar Jepun pertama sertai Formula E!. Kredit: Nissan
Gabungan Renault-Nissan-Mitsubishi mempunyai aktiviti sukan permotoran yang aktif melalui penyertaan terbaru ini. Nissan pada hari ini mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Kejuaraan Formula E FIA bermula musim depan.

Pengumuman itu menjadikan Nissan pengeluar Jepun pertama yang menyertai Formula E. Juga suatu yang menarik apabila saudara dekatnya dari Perancis iaitu Renault turut bersaing dalam kejuaraan ini dan Formula Satu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Penyertaan dalam Formula E itu dapat memberikan Nissan pendedahan global tentang misi Nissan Intelligent Mobility yang merupakan agenda syarikat bagi mendefenisikan semula bagaimana kenderaan dipandu, dikuasakan dan diintegrasikan kepada masyarakat.

Penyertaan Nissan ke dalam Formula E juga dilihat penting memandangkan mereka adalah pengeluar yang paling berjaya memasarkan kenderaan elektrik (EV). Nissan baru sahaja melancarkan EV baharu LEAF pada bulan lalu dan ia dijangka terus mengekalkan kedudukan Nissan sebagai peneraju kenderaan sifar emisi.

Penyertaan ke dalam Formula E dilihat tepat dan begitu sesuai memandangkan Nissan sudah mempunyai produk yang terbukti selain sejarah panjang dalam sukan permotoran.

Kejuaraan Formula E FIA mula dipertandingkan pada tahun 2014 dan merupakan siri perlumbaan global di mana pasukan dan pengeluar bersaing menggunakan kereta kuasa elektrik sepenuhnya di litar jalanan di bandar besar serata dunia.

Nissan LEAF Nismo Concept. Kredit: Nissan
Nissan LEAF Nismo Concept. Kredit: Nissan

LEAF generasi kedua itu dilengkapi pelbagai teknologi terkini termasuk sistem bantuan pemandu termaju. Model baharu itu menggantikan LEAF generasi pertama yang mempelopori kenderaan sifar emisi massa apabila ia dilancarkan pada tahun 2010.

Sambutan LEAF generasi pertama begitu menggalakkan. Lebih dari 280,000 unit telah dijual di peringkat global menjadikannya EV paling berjaya. Jika dihitung, pemilik LEAF telah memandu lebih dari 3.5 bilion kilometer tanpa mengeluarkan sebarang emisi.

Nissan akan mula bersaing dalam musim kelima pada tahun depan yang menyaksikan kejuaraan itu menggunakan casis dan spesifikasi bateri baharu. Nissan akan bekerjasama dengan Renault bagi mendapatkan kemahiran dan pembangunan sedia dan juga sebagai sinergi dan kolaborasi dalam Gabungan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Nissan jadi pengeluar Jepun pertama sertai Formula E!. Kredit: Nissan
Nissan jadi pengeluar Jepun pertama sertai Formula E!. Kredit: Nissan

 

Musim keempat Formula E akan bermula pada Disember ini dan berlangsung sehingga Julai 2018. Kejuaraan itu dilangsungkan di beberapa bandar seperti Hong Kong, Berlin, Paris, New York dan Montreal.

Suatu yang menarik apabila Formula E pernah dianjurkan di Putrajaya pada musim pertama 2014 dan musim kedua pada 2015.

*Berita yang baru kami terima ialah Renault tidak lagi berlumba dalam Formula E pada musim kelima bagi memberi fokus besar kepada Formula Satu. Slot ini yang akan diisi oleh Nissan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…