Nissan Caravan 50th Anniversary untuk pelanggan di Jepun, daripada RM110 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Caravan 50th Anniversary 2023
Nissan Caravan 50th Anniversary 2023
Nissan Urvan atau NV350 yang dijual di pasaran tempatan asalnya adalah Nissan Caravan di Jepun. 

Caravan generasi pertama (E20) dikeluarkan dari 1973 hingga 1980 dan bermula dari situ kekal dengan bentuk berkotak sehingga generasi kelima (E26) sekarang.

Caravan E26 dikeluarkan pada 2012 dan Nissan membawa sedikit gaya pada bahagian sisi dengan lekukan badan dan tidak membiarkannya rata dan kosong.

Seperkara lagi, empat generasi Caravan menggunakan lampu petak berbanding bulat berkembar pada generasi pertama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Caravan 50th Anniversary 2023

 

Tidak hanya sebagai van komersial, Caravan dibuat sebagai kenderaan penumpang dan aktiviti luar (outdoor).

Sejarah yang panjang diraikan Nissan dengan mengeluarkan edisi khas Caravan 50th Anniversary untuk pelanggan di Jepun dan mula ditawarkan pada 10 Oktober.

Caravan 50th Anniversary digerakkan dengan tiga pilihan rangkaian kuasa berikut:

  • 2.0 liter QR20DE 2WD - 130 ps @ 5,600 rpm, 178Nm @ 4,400 rpm
  • 2.4 liter 4N16 diesel turbo 2WD - 132 ps @ 3,250 rpm, 370Nm @ 2,000 rpm 
  • 2.4 liter 4N16 diesel turbo 4WD - 132 ps @ 3,250 rpm, 370Nm @ 2,000 rpm 

Kesemua pilihan dipadan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan kawalan elektronik (7M-ATx).

 

Nissan Caravan 50th Anniversary 2023

 

Caravan 50th Anniversary diasaskan dari varian GRAND Premium GX dan dilengkapi ciri istimewa berikut:

  • Jeriji, pembuka pintu, rel pintu gelangsar, sirip sisi, bingkai plat hitam
  • Cermin sisi hitam dengan kawalan elektrik dan lampu isyarat
  • Logo 50th Anniversary pada konsol gear, sisi badan dan pintu kargo
  • Sulaman 50th Anniversary pad penyandar kepala
  • Empat warna termasuk pilihan istimewa Cashmere Greige

 

Nissan Caravan 50th Anniversary 2023

 

Sebagai model istimewa, Nissan hanya menawarkan van ini dalam tempoh terhad sampai Mac 2024 dan tempahan akan ditutup apabila kapasiti pengeluaran dipenuhi.

Berkenaan harga, Caravan 50th Anniversary dengan lima penumpang ditawarkan pada 3,483,700 yen (RM110,593) bagi varian 2.0 liter 2WD.

Varian 2.4 liter 2WD berharga 4,151,400 yen (RM131,788) dan 4,453,900 yen (RM141,383) untuk pacuan 4WD.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Nissan

Nissan Caravan 50th Anniversary 2023