Nissan batal penjualan US$1 billion pada China

oleh HEZERI SAMSURI|
Pembuat kenderaan kedua terbesar di Jepun, Nissan Motor telah membatalkan penjualan bateri untuk kereta elektrik (EV) bernilai dalam anggaran US$1 billion kepada GSR Capital, sebuah syarikat dari China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Nissan, GSR tidak mempunyai cukup bantuan kewangan untuk meneruskan pembelian tersebut.

Urusniaga penjualan bateri itu sudah berlarutan sejak hampir setahun lalu. 

Syarikat Automotive Energy Supply Corp milik Nissan itu memiliki kilang pembuatan bateri EV di US, England dan juga di Jepun. 

Nissan mahu menjual syarikat itu kerana mahu memberi fokus kepada teknologi pembuatan bateri lithium yang lebih murah tetapi berprestasi tinggi.

Panasonic Corp bagaimanapun berkata syarikat milik Nissan itu tidak begitu menarik perhatian mereka walaupun ada desas desus mengatakan syarikat elektronik Jepun itu pada mula mahu membida.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…