Nissan akan hasilkan lebih banyak model Nismo

oleh Careta.my|
Nismo NV200
Nismo NV200
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin berita ini tidak begitu menarik di Malaysia kerana sudah terlalu banyak varian sporti suam-suam kuku dihasilkan di negara kita. Untuk Eropah, sekiranya model itu diberikan nama Nismo, ia bermakna perubahan teknikal turut diberikan bagi memberikan impak prestasi yang menakjubkan. Contohnya, Nissan Juke Nismo, Nissan 370 Z Nismo dan GT-R Nismo. Kesemuanya lagenda di dalam genre tersendiri, dan mempunyai enjin berkuasa di bawah hud masing-masing. Menurut TopGear UK, ibupejabat Nissan di Jepun sedang berkira-kira untuk menghasilkan lebih banyak model Nismo yang serius kerana buat masa sekarang, Nissan menjual sebanyak 15,000 unit Nismo sebenar di serata dunia (tidak termasuk model suam kuku). Menurut CEO Nismo, Takao Katagiri, model Nismo membolehkan pelanggan menikmati pemanduan kereta-kereta Nissan dengan lebih baik. Kerana itu, Nissan memang berhasrat untuk menambahkan lagi model-model serius Nismo untuk dijual secara global. Selain dari NV200 Nismo, apa kata anda kemukakan lagi cadangan?  Mana tahu mereka membaca dan menghasilkan model impian anda itu?