Dari sini boleh dipelajari bahawa usia bukan halangan untuk sesebuah pengeluar terus menawarkan model lama asalkan sentiasa dikemas kini.
Penawaran AD juga menunjukkan Nissan masih mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan model lama.
Untuk model 2024, Nissan melengkapi AD dengan fungsi Bantuan Pencegahan Kemalangan Tidak Sengaja pada kesemua varian AD.
Teknologi itu berfungsi bagi mengelak kemalangan dengan pejalan kaki akibat tersalah tekan injak dan dipasang bagi memenuhi pelbagai undang-undang dan peraturan di Jepun.
Sebelum ini pun Nissan tidak menjual AD dengan spesifikasi kosong dan dilengkapi Pembrekan Kecemasan Pintar yang boleh mengesan pejalan kaki.
Turut dilengkapi Bantuan Mula Mendaki yang diterima baik pelanggan kerana membantu mereka di dalam urusan harian.
AD digerakkan dua jenis enjin iaitu 1.6 liter HR16DE yang menghasilkan 113 ps pada 5,600 rpm dan tork 150Nm pada 4,000 rpm.
Enjin itu dipadan bersama kotak gear automatik empat kelajuan E-ATx dan pacuan empat roda (4WD).
Satu lagi pilihan enjin ialah 1.5 liter HR15DE dengan padanan kotak gear Xtronic CVT dan pacuan dua roda (2WD).
Kuasa sedikit rendah iaitu 110 ps pada 6,000 rpm dan tork 146Nm pada 4,000 rpm.
Kedua-dua jenis enjin dibahagikan kepada varian AD DX, VE dan Expert GX.
Berkenaan keupayaan, AD boleh membawa sehingga lima penumpang dan beban muatan yang berbeza mengikut sesaran enjin dan pacuan.
Beban mengikut varian:
- AD 1.5 DX, VE, Expert GX 2WD: 2 penumpang 450 kg, 5 penumpang 300 kg
- AD 1.6 DX, VE, Expert GX 4WD: 2 penumpang 400 kg, 5 penumpang 250 kg
Harga AD 2024 mengikut varian:
AD 1.5 2WD, Xtronic CVT:
- DX: 1,749,000 yen (RM54,905)
- VE: 1,778,700 yen (RM55,837)
- Expert GX: 1,923,900 yen (RM60,394)
AD 1.6 4WD, Xtronic E-ATx:
- DX: 1,911,800 yen (RM60,011)
- VE: 1,941,500 yen (RM60,944)
- Expert GX: 2,072,400 yen (RM65,045)
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan