neu by Cycle & Carriage 1 Utama bawakan tema "Electrifying the Future"

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang bulan Ogos, Cycle & Carriage Malaysia akan membawakan pengalaman pelanggan bertemakan "Electrifying the Future" bertempat di kedai konsep gaya hidup neu by Cycle & Carriage di 1 Utama Shopping Centre.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedai konsep itu akan menampilkan pameran daripada rakan-rakan strategik bagi menawarkan peluang kepada pengunjung untuk merasai kehidupan lestari yang mampu memanfaatkan generasi masa depan.

Antaranya termasuklah pameran tenaga solar daripada Dawn Breeze, serta Energreen-Tech yang memiliki kepakaran di dalam pengurusan tenaga, solusi pengecasan EV, bateri EV terpakai dan GreenTech Lab Services.
 

EV


Selari dengan tema tersebut, neu by Cycle & Carriage akan turut membawakan beberapa model elektrik seperti Mercedes-Benz EQA 250 AMG Line, EQS 450+, EQB 350 4MATIC dan EQC 400 4MATIC.

Cycle & Carriage turut menganjurkan program Mercedes-Benz Discovery pada 6 Ogos yang lalu, di mana 60 orang pelanggan menghadiri bengkel bagi mengenali kereta mereka dengan lebih mendalam dan mengetahui penawaran selepas jualan oleh jenama tersebut.
 

EV


Kedai konsep neu by Cycle & Carriage ini akan berada di 1 Utama sehingga 31 Oktober 2022, dan terbuka kepada rakyat Malaysia yang mahu merasai sendiri pengalaman dan komitmen Cycle & Carriage dalam menawarkan perkhidmatan yang cemerlang menerusi titik sentuh gaya hidup yang berbeza, baik dari segi fizikal dan digital.

neu by Cycle & Carriage akan menampilkan tema yang berbeza pada bulan depan, dimulakan dengan "high-street fashion" pada bulan September, diikuti tema "outdoor adventure" pada bulan Oktober.

Kedai konsep ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, bertempat di Lot G316, Level G, 1 Utama Shopping Centre (New Wing).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain daripada pameran koleksi pakaian oleh Under Armour, neu by Cycle & Carriage turut…
Berita Domestik
Cycle & Carriage telah mengadakan sebuah pameran fesyen masa depan bertemakan “Fashion Forward…
Berita Domestik
neu by Cycle & Carriage (disebut sebagai noy, membawa maksud baharu dalam bahasa Jerman) bakal…