Naza Premira Sdn Bhd umum henti pengedaran jenama Aprilia bermula 31 Julai

oleh Mohamad Hanif|
Naza Premira Sdn Bhd baru-baru ini telah mengumumkan penutupan operasi pengedaran motosikal jenama Aprilia berkuatkuasa pada 31 Julai 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Keputusan ini merupakan salah satu langkah pelan rasionalisasi jenama di bawah Naza Group bagi memastikan tahap kemampanan syarikat untuk jangka masa yang panjang dan keuntungan bagi jenama automotif yang lain selaras dengan kehendak pasaran semasa.

 


Naza Premira Sdn Bhd akan meneruskan khidmat jualan, servis, tuntutan jaminan dan alat ganti kepada para pelanggan Aprilia sehingga 30 September 2018.

Selari dengan pengumuman ini, Naza Premira Sdn Bhd akan meneruskan sokongan terhadap jenama Piaggio dan Vespa di Malaysia.