Naza Kia Malaysia tawar penjimatan sehingga RM10,000 sempena sifar GST

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan pengumuman terbaharu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan berkaitan dengan kadar sifar GST, Naza Kia Malaysia turut mengambil kesempatan untuk menawarkan rebat GST kepada para pelanggan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Rebat GST ini terpakai bagi setiap pembelian mulai sekarang sehingga 30 Jun 2018. 

Pelanggan yang telah berjaya membeli akan menerima penebusan tunai dengan kadar yang segera di dalam tempoh sementara sehingga kadar baharu SST diumumkan oleh Kementerian Kewangan. 

Berikut merupakan harga jualan baharu kenderaan model Kia yang sah sehingga 30 Jun 2018.

Model Harga Jualan + 6% GST Harga Jualan + 0% GST
Picanto EX RM49,888.00 RM47,079.43
Picanto Novus RM55,188.00 RM52,079.43
Rio RM79,888.00 RM75,381.32
Cerato RM103,888.00 RM98,032.45
Sportage EX RM129,888.00 RM122,580.54
Sportage GT D RM153,888.00 RM145,221.96
Optima GT RM174,888.00 RM165.029.94
Sorento MS RM163,888.00 RM154,672.29
Sorento HS P RM173,888.00 RM164,106.26
Sorento HS D RM185,888.00 RM175,419.77
Grand Carnival KX RM159,888.00 RM150,891.46
Grand Carnival EX RM179,888.00 RM169,759.39
Grand Carnival SX RM188,888.00 RM178,249.95

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Panggilan telefon yang kami terima ialah dari syarikat Bermaz dan mereka mahu informasi berkaitan…
Hezeri Samsuri
Ramai menghela nafas lega kerana veteran industri automotif, Datuk Ben Yeoh pastinya akan membawa…
Berita Domestik
  Pusat 3S ini telah dirasmikan pada tahun 2011, diikuti dengan Red Cube Johor Bahru dan pada…