Menurut Dato' Samson Anand George, "kami mengalu-alukan kehadiran MBf Automobile Sdn Bhd ke dalam rangkaian pengedar kami."
"Dengan (perjanjian) ini, kami dapat meyakinkan lagi kehadiran jenama Kia di Malaysia dan keyakinan yang diberikan oleh MBf Automobile terhadap kami," tambah beliau.
Dengan termeterainya perjanjian itu, MBf Automobile bakal menyediakan pusat pameran Kia yang pertama mengintegrasikan imej korporat jenama Korea itu yang dinamakan Kia Concept Store.
Pusat 3S itu akan dibuka di Menara MBf dengan jumlah pelaburan dicatatkan sebanyak RM5 juta itu dijangka siap menjelang pertengahan 2019.
Selain itu, MBf Automobile juga bakal mengambil alih pusat pameran Kia yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar dan menukarkannya menjadi Kia City Concept Store.
Pusat ini dijangka beroperasi pada suku ketiga 2018 dengan jumlah kos transformasi mencecah RM1.5 juta.
"Pada tahun ini, kami (Kia) akan menumpukan pelaburan dengan meluaskan lagi rangkaian pengedar di seluruh negara dengan tambahan lima pusat pameran baharu bagi memberikan pengalaman pembelian yang berkesan kepada pelanggan kami," tambah Dato' Samson.