Naza EC terima kontrak projek Jalan Tun Razak

oleh Mohamad Hanif|
Naza Engineering & Contruction Sdn Bhd (Naza EC) telah dianugerahkan kontrak kerja menaiktaraf Jalan Tun Razak yang menghubungkan Jalan Langgak Golf ke Bulatan Kampung Pandan.

Majlis pecah tanah telah diadakan sebagai tanda penerimaan kontrak daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Naza EC yang merupakan anak syarikat Naza Group of Companies.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr Loga Bala Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, YB Tan Sri Hj Mohd Amin Nordin bin Abd Aziz. 

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Bersama Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin, serta Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, dan Timbalan Pengerusi Eksekutif, SM Faliq SM Nasimuddin. 

Projek ini bakal merangkumi laluan tiga lorong sehala sepanjang 2.8 kilometer yang menghubungkan beberapa laluan utama seperti Jalan Bukit Bintang, Jalan Kampung Pandan, Lebuhraya MEX dan juga Setiawangsa Pantai Expressway (SPE) yang masih di dalam pembinaan. 

Pembinaan jalan baharu ini dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan 2019 dan diyakini mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak di sepanjang Jalan Tun Razak. 

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa sebuah syarikat milik jutawan kelahiran Ipoh, Ong Beng Seng…
Berita Domestik
Acara ini menawarkan pengalaman Ferrari yang mengasyikkan, selain memperlihatkan pelbagai teknologi…
Berita Domestik
Disebabkan perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada ketika ini,…