NAWA Racer, motosikal elektrik 0 - 100 km/h di bawah 3 saat!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Pada Consumer Electronics Show (CES) Januari depan, NAWA Technologies akan mempertontonkan NAWA Racer, sebuah motosikal konsep sifar emisi dengan kuasa elektrik pertama di dunia yang menggunakan bateri hibrid.

NAWA Technologies adalah sebuah syarikat teknologi simpanan tenaga yang inovatif. Syarikat yang menerajui bidang itu ditubuhkan pada tahun 2013 di Perancis.

Produk NAWA Technologies ialah Bateri Karbon Kecepatan Tinggi (Ultra-Fast) yang juga kapasitor ultra generasi hadapan.

Ia mempunyai elektrod berbentuk karbon nanotube dengan posisi menegak iaitu elektrod paling pantas di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
NAWA Racer

 

Kapasitor ultra pada motosikal NAWA Racer mempunyai sepuluh kali ganda kuasa dan lima kali ganda tenaga berbanding teknologi sekarang dan digabung bersama sel lithium-ion konvensional. 

Ini adalah motosikal elektrik pertama yang menggunakan kapasitor ultra.

Sistem hibrid pada NAWA Racer mempunyai beberapa kelebihan utama iaitu pengecasan pantas dan pemulihan tenaga yang luar biasa dan berkuasa tinggi. 

Motosikal ini juga mempunyai jarak pemanduan jauh hasil daripada pengurusan lithium-ion lebih baik.

Berikut ialah ciri-ciri dan kelebihan kapasitor ultra pada NAWA Racer:

  • Mampu mengecas dan nyah cas dalam masa beberapa saat, ia boleh mengambil tenaga dari pembrekan generatif dan membekalkan semula kepada motor elektrik dengan pantas
  • Proses ini boleh dibuat jutaan kali tanpa degradasi dengan pemindahan tenaga yang sangat pantas, tidak seperti lithium-ion
  • Kapasitor ultra mempunyai lima kali ganda simpanan tenaga berbanding teknologi sedia ada namun lithium-ion mampu menawarkan kapasiti keseluruhan yang lebih baik
  • Gabungan kapasitor ultra pada sistem lithium-ion menghasilkan prestasi keseluruhan lebih baik dengan mengurangkan secara signifikan kitaran cas dan nyah cas bateri lithium-ion seterusnya memanjangkan hayat keseluruhan sistem
  • Kapasitor ultra NAWA Technologies atau dipanggil NAWACap dipasang pada bahagian atas 'tangki' motosikal dengan kuasa 0.1 kWh yang menghantar kuasa kepada bateri lithium-ion yang terletak di lokasi enjin konvensional
  • Bateri lithium-ion NAWA Racer hanya memerlukan kuasa kecil iaitu 9 kWh sahaja atau hampir separuh daripada bateri motosikal sport elektrik konvensional

 

NAWA Racer

 

  • Pek NAWA Cap juga ringan iaitu hanya 10 kg dan berat keseluruhan NAWA Race ialah 150 kg iaitu 25 peratus kurang berat daripada motosikal sport elektrik konvensional
  • Dari segi jarak, NAWA Racer boleh dipandu sehingga 150 km (perjalanan campur) dan sehingga 300 km dalam kawasan bandar
  • Pengecasan NAWA Cap hanya memerlukan dua minit manakala keseluruhan bateri mengambil masa sejam (kuasa rumah) untuk ke tahap 80 peratus
  • Dari segi prestasi, NAWA Racer mempunyai output 100 PS dengan pecutan 0 hingga 100 km/j di bawah tiga saat dan kelajuan maksimum lebih 160 km/j
  • Pek NAWA Cap adalah jenis mudah alih untuk diganti dengan pek prestasi berbeza yang membolehkan ia ditala mengikut kehendak pemilik
  • Mempunyai mod Race yang meningkatkan kuasa kapasitor ultra dan mod Eco yang memaksimumkan pemulihan tenaga

Dari segi reka bentuk, NAWA Racer direka mengikut konsep café racer sejati di London pada era 60an yang mempunyai karakter utama iaitu ringan dan berkuasa untuk tunggangan singkat dari satu café ke café lain.

 

NAWA Racer

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Ultra kapasitor yang menggunakan bahan karbon dan graphene dengan teknologi nano itu mampu…