Navara Trek-1° - harga RM200,000 di UK

oleh HEZERI SAMSURI|
Trak pikap Navara memang dijual di Eropah dan ia adalah antara trak pikap yang popular.

Kepopulariti Navara terserlah apabila Mercedes-Benz mengumumkan trak pikap X-Class mereka akan menggunakan platform Navara.

Nissan Eropah ada menawarkan edisi terhad untuk Navara mereka. Dipanggil Navara Trek-1°, cuma 1,500 unit yang akan dibina untuk pasaran Eropah.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hanya datang dalam bentuk dwi-kab, Navara Trek-1° datang dengan bar sisi warna hitam, roda aloi hitam saiz 18-inci dengan 6-jejari serta penutup belakang.

Di Eropah, penutup ruang kargo belakang untuk trak pikap tidak begitu popular dan ia diperkenalkan pada Navara Trek-1° ini mungkin untuk emnarik minat pengguna lifestyle seperti di Malaysia.

Hanya dua warna yang ditawarkan, putih dan hitam metalik. Dua jenis enjin menjadi pilihan - enjin 2.3L dengan talaan 160PS dan talaan 190PS. 

Untuk tranmisi 7-kelajuan automatik, ia hanya datang dengan enjin 190PS.

Ia juga lengkap dengan kamera 360-darjah, pengesan undur dan lampu LED serta sistem navigasi.

Harganya di UK ialah £37,285 atau RM207,000, sahaja. 

Di Malaysia pula, Careta mendengar khabar bahawa jualan trak Navara sudah meningkat sejak kebelakangan ini dan menjadi trak kedua paling popular selepas Toyota Hilux.

Ini mungkin benar kerana jumlah diskaun dan promosi yang ditawarkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) untuk Navara memang hebat. 

Mungkin ETCM perlu menghabiskan stok-stok tahun 2016 dan 2017 kerana laman stok mereka sudah terlalu padat.

Apapun, jika anda berminat untuk membeli pikap baharu, cuba lawati dewan pameran Nissan dan mana tahu, memang ada tawaran yang anda tak dapat tolak!

 

spotlight

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…