Nasib kakitangan SPAD - Anthony akan jawab dalam masa seminggu

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berjanji akan menentukan nasib kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah diberhentikan operasinya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketidaktentuan terhadap nasib para pekerja itu timbul setelah diberitahu oleh pihak pengurusan supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap kemungkinan mereka akan diserap masuk seperti mana yang dijanjikan pada bulan Mei yang lalu. 

Menurut Loke, beliau akan memberikan jawapan berkenaan isu tersebut dalam masa satu minggu, tanpa memberikan penerangan lanjut berkenaan jaminan beliau terhadap para pekerja SPAD. 

Pada 24 Mei yang lalu, Loke telah menyatakan bahawa lebih kurang 800 staf di bawah SPAD akan diserap masuk ke dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebuah lagi agensi baharu iaitu APAD.

Pengumuman tersebut disambut baik pada mulanya oleh kerana mereka bimbangkan masa hadapan disebabkan penutupan operasi SPAD seperti mana yang telah diumumkan selepas pilihanraya. 

Walaubagaimanapun, menurut satu laporan daripada The Mole menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pekerja SPAD tidak akan diserap masuk sebagaimana yang dijanjikan walaupun mereka bersetuju untuk menerima gaji kurang daripada sewajarnya.

Keputusan ini dibuat selepas empat orang ahli jawatankuasa yang ditugaskan untuk mengkaji semula pembatalan agensi SPAD menetapkan bahawa mustahil untuk menyerap kembali kesemua staf SPAD ke dalam APAD dan JPJ. 

APAD dijangka akan ditubuhkan secara rasmi setelah beberapa perubahan terhadap akta dilakukan termasuklah Akta SPAD, Akta Pengangkutan Awam Darat serta Akta Pengangkutan Darat.

Sumber: The Mole

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Konvoi itu bukan dengan mana-mana VIP, ia adalah raptai untuk Le Tour de Langkawi (LTdL). "Itu…
Berita Domestik
  “Antara inisiatif untuk kurangkan kesesakan di terminal adalah konsep tanpa kertas guna kod QR…
Berita Domestik
Menurut laporan dari BERNAMA, pihak APAD telah memberitahu bahawa tindakan itu telah diambil…