Nanta - JKR akan bina jalan sementara di Kampung Seberang Janggut

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Kementerian Kerja Raya dan agensinya Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengambil tindakan susulan segera berikutan kejadian jalan runtuh di Kampung Seberang Janggut, di Kota Bharu pada Jumaat.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata beliau telah dimaklumkan oleh JKR Jajahan Jeli bahawa jalan yang terlibat adalah jalan kampung di bawah pejabat daerah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasukan JKR Jajahan Jeli juga sedang membantu menyediakan anggaran kos bagi pembinaan jalan sementara di sebelah jalan yang runtuh tersebut bagi mengelakkan penduduk kampung terputus hubungan," katanya menerusi satu kenyataan media, pada Sabtu.

Nanta berkata berkata beliau difahamkan peruntukan pembaikan dan pembinaan jalan sementara itu akan dipohon oleh pegawai daerah kepada Pejabat Pembangunan Negeri.

"Saya memohon kerjasama semua pihak untuk sentiasa berhati-hati dan mengikut segala arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan semua pihak, dalam keadaan cuaca yang buruk pada ketika ini.

Pihak kementerian dan JKR akan sentiasa memberikan kerjasama dan bantuan bagi membantu menguruskan bencana ini," katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Mohd Adni Ibrahim sejumlah 200 mangsa daripada 40 keluarga terputus hubungan akibat kejadian itu.

"Tadi pihak anggota BBP bersama pegawai daerah dan JKR telah melawat lokasi kejadian. Bekalan makanan telah dihantar kepada ketua isi rumah yang terkandas.

Ketika ini hanya ada satu laluan alternatif namun hanya boleh dilalui secara berjalan kaki," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Menurut beliau, kerja-kerja pembinaan semula tersebut berjalan serentak dengan pemasangan jambatan…
Berita Domestik
  Menurutnya, laluan yang menghubungkan Kampung Lahar Bongor ke Kampung Teluk Sungai Durian,…
Berita Domestik
Menurut bomba, mendiang Chai Kian Fah terperangkap di dalam kenderaannya ketika mereka sampai ke…