Nak cari pesawat terpakai? Honda Aircraft Company Certified Pre-Owned ada!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Aircraft Company Certified Pre-Owned
Honda Aircraft Company Certified Pre-Owned
Biasanya kami paparkan berita tentang syarikat pengeluar kereta menawarkan program kenderaan terpakai yang diperakui (Certified Pre-Owned/CPO).

Kali ini berbeza apabila Honda Aircraft Company mempunyai program serupa bagi menjual HondaJet terpakai.

Setiap pesawat menjalani pemeriksaan ketat dan proses penyelenggaran pakar bagi memastikannya memenuhi piawaian tinggi sebelum menerima status CPO.

Program ini juga menawarkan khidmat hujung ke hujung dari awal hingga selepas jualan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
HondaJet Elite S

 

Setiap HondaJet CPO perlu lulus pemeriksaan 208 poin oleh juruteknik yang dilatih HondaJet di rangkaian servis bertauliah. 

Selain itu, kesemua pesawat yang layak untuk program CPO akan dinaik taraf kepada tahap prestasi tertinggi yang tersedia berdasarkan buletin servis.

Pembeli pesawat CPO juga akan menerima sesi sesi Latihan Juruterbang Awal Keselamatan FlightSafety dan enam bulan atau 100 jam kredit (yang mana dahulu).

Pesawat HondaJet sudah pun menjalani 185,000 jam penerbangan dan tedapat 230 pesawat di serata dunia dan semestinya ada pemilik yang mahu menjual unit mereka.

 

HondaJet Elite

 

Program CPO ditawarkan kepada pelanggan di Amerika, Eropah dan Asia melalui rangkaian jualan rasmi. Negara kita juga mempunyai wakil HondaJet.

Melalui semakan di dalam web HondaJet, ada dua pesawat yang ditawarkan iaitu sebuah HondaJet APMG 2016 dengan 1,024 jam penerbangan.

Sebuah lagi ialah HondaJet Elite S 2019 dengan 574 jam penerbangan. Ada yang berminat nak beli pesawat Honda?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

HondaJet Elite