Myvi ke 1 juta dihasilkan hari ini

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Myvi ke 1 juta dihasilkan hari ini

Perodua hari ini berjaya memasang unit nombor satu juta untuk model Myvi mereka.

Dilancarkan pada bulan Mei 2005, ia menjuarai carta jualan kenderaan negara dari hari pertama ia dihasilkan sehingga penghujung tahun 2014 apabila model Viva dan kemudian Axia mengambil alih.

Untuk meraikan unit istimewa itu, Perodua mengadakan majlis "line-off" khas di kilang pemasangan mereka di Sungai Choh, Rawang.

Ia disaksikan oleh Presiden Perodua Auto Corporation, Masanori Takahashi dan Naib Presidennya, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid pula berkata untuk lima bulan pertama tahun ini, Perodua telah berjaya menjual sebanyak 81,900 unit kenderaan jenama Perodua, satu peningkatan sebanyak 5.9 peratus dari 77,300 unit yang terjual dalam tempoh yang sama tahun lalu.

On millionth Myvi

"Kami jangkakan jumlah jualan industri untuk lima tahun pertama ialah 233,700 unit dan berdasarkan jumlah itu, Perodua telah mengambil sebanyak 35 peratus dari pasaran," terang Aminar.

"Kami merasa optimistik bahawa jumlah jualan tahun ini untuk Perodua ialah 202,000 unit," sambungnya lagi.

Myvi telah dieksport ke enam negara sejak 2006. Eksport terbesar ialah ke Indonesia di mana ia dijual di bawah jenama Daihatsu Sirion (hampir 31,000 buah Sirion telah dijual sejak tahun 2007).

Jumlah keseluruhan jualan pasaran eksport Myvi/Sirion ialah 35,400 unit.


 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…