Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan kenderaannya untuk mengisi minyak.
“Tiba-tiba dia diserang kekejangan kaki kanan dan tidak dapat mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kereta terbabas ke hadapan melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR lalu merempuh dinding kaca di situ,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, ekoran rempuhan itu, seorang wanita tempatan mengalami kecederaan di kaki kanannya.
Bagaimanapun, katanya, pemandu Myvi itu dan penunggang motosikal berumur 29 tahun serta pemilik stesen minyak yang berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan.
Tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).