MYVI baharu 99.99 peratus ciptaan tempatan serta laporan pandu uji ringkas (Harga dari RM44,300)

oleh HEZERI SAMSURI|
Model pengganti Myvi sudah pun diumumkan tadi, seraya dengan logo baharu MYVI yang kelihatan sangat kena dengan Gen-X yang mungkin menjadi sasaran utama.

Pada Careta, terus teringat logo filem Aliens. Tapi tak apa, ia tetap menarik!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tagline baharu Myvi pula, Passion Engineered atau dalam Bahasa Malaysia, Cetusan Keunggulan sebenarnya turut bermaksud bahawa ia mempunyai nilai kejuruteraan yang lebih agresif.

Careta dapat pergi ke litar ujian Perodua sebelum Myvi 2018 ini dilancarkan.

Kami dapat mencuba sistem bantuan pemanduan selamat atau ASA (Advanced Safety Assist).

Sistem itu dipasang pada sebuah Daihatsu Tanto dan kami mencuba sistem brek autonomi yang pada hemat kami, sangat penting untuk pemandu di bandar yang leka bermain henfon ketika jalanraya sesak.

Nyata Perodua merealisasikan impian rakyat untuk mendapatkan sistem canggih ini pada sebuah kenderaan yang berharga di bawah paras RM60,000.

Kemudiannya kami diberi peluang untuk memandu uji secara ringkas akan Myvi 2018 dan di bawah ialah apa yang kami dapat.

- Lampu hadapan untuk SEMUA varian ialah dari jenis LED. Ini satu WOW yang sangat besar kerana ia memberikan limpahan lampu yang baik untuk pemanduan malam. Dan ia datang dengan fungsi kawalan ketinggian lampu agar tidak menyilaukan kenderaan di hadapan.

- Lampu belakang dengan Light Guides atau Light Tube yang modern

- Enjin 1.5L Dual VVT-i 2NR-VE 4-silinder DOHC serba baharu - kali pertama digunakan oleh Perodua menjimatkan dan senyap

- Fungsi Eco Idle turut diberikan, seraya dengan butang Start/Stop engine.

 

enjin myvi

 

- Roda aloi 14 inci untuk varian 1.3L enjin 1NR-VE DOHC Dual VVTi sementara untuk 1.5L, roda aloi 15-inci dua warna.

- Varian 1.5L didatangkan dengan Smart Tag terbina dalam.

- Tempat duduk mempunyai 8+1 susunan fleksibel

- Ada 4 beg udara untuk 1.3L sementara 1.5L datang dengan 6 beg udara (dua hadapan, dua sisi hadapan dan dua curtain)

- VSC kawalan stabiliti dan TRC kawalan cengkaman diberikan untuk SEMUA varian. Ini juga satu WOW yang sangat besar.

- Sistem ASA hanya untuk varian 1.5L AV

- Pemanduan yang kami rasakan menunjukan bahawa dinamik pengendalian Myvi 2018 jauh lebih baik dari mana-mana model Perodua sebelum ini.

 

rim myvi

 

- Sistem gantungan ditala menggunakan kenderaan seperti Volkswagen Polo sebagai tanda aras. Ia tidak melelong tetapi ia juga tidak keras. Imbangan antara pengendalian dan keselesaan sangat baik.

- Stereng berkuasa elektrik turut diperbaiki dan ia jauh lebih responsif dari yang ada pada Axia dan Bezza. Terasa solid dan Continental, tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki.

- Paling menarik ialah kadar NVH (Bunyi, Gegeran dan Kekasaran) yang telah dipertingkatkan. Berani dikatakan, ia membawa Perodua ke alam baharu di mana kemewahan dari segi pemanduan sudah mula terasa.

- Menurut bahagian teknikal Perodua, kerangka atau chassis Myvi baharu ini mempunyai sedikit persamaan dengan Myvi sebelumnya. Dari bahagian A-pillar ke hadapan, paltform bawahnya adalah seperti Myvi lama kerana ia menggunakan enjin yang sama.

- Dari A-pillar atau firewall ke belakang, ia adalah kerangka yang betul-betul baharu dan direka oleh anak tempatan.

- Menurut jurutera-jurutera Perodua yang kami berjumpa, ini adalah projek pertama mereka yang memerlukan satu kerangka yang 99.99 peratus baharu. Tidak ada fix point yang sama kecuali pemegang enjin dan transmisi.

- Rekabentuk Perodua pula diketuai oleh Hasrol Hashim, anak kelahiran Gombak. Nyata konsep rekabentuk Myvi baharu sudah jauh berubah dan tidak lagi seperti model-model kuih pau rekaan Jepun untuk makcik-makcik ke pasar. Myvi 2018 lebih agresif, lebih sporti dan Careta boleh bayangkan ia direndahkan sedikit dan dipasang dengan roda aloi 17-inci. Hmmm ... 

- Posisi memandu lebih kurang sama dengan Myvi lama, cuma papan pemuka dan panel meter nampak lebih modern dan lebih mahal.

Careta akan cuba mendapatkan lebih informasi akan model ini dan untuk pembaca, jangan lupa mengunjungi pameran MAi Motor Show di MAEPS esok kerana Perodua ada sesuatu untuk anda semua. 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…