Sebagai rakan trade-in bagi Daihatsu Malaysia Group, myTukar akan memastikan pelanggan menikmati proses yang lebih mudah terutama bagi perkhidmatan pemeriksaan, pengambilan kereta, serta proses pembayaran yang lebih cepat dan lancar yang mampu memberikan impak positif kepada 300-500 orang pelanggan setiap bulan.
Selain daripada itu, myTukar juga akan membekalkan pegawai yang bertauliah bagi melakukan pemeriksaan berdasarkan permintaan bagi para pelanggan Daihatsu Malaysia Group.
Menurut CEO myTukar, Derrick Eng berkata, "kami berasa amat berbangga dapat bekerjasama dengan Daihatsu Malaysia Group, salah satu 'gergasi' di dalam sektor automotif Malaysia.
"Kolaborasi ini bakal memanfaatkan platform myTukar untuk mempercepatkan proses penjualan kenderaan terpakai bagi semua pelanggan Daihatsu Malaysia Group, selain menawarkan pusat sehenti yang menawarkan proses yang lebih serta-merta dan telus.