MYTUKAR DINOBAT SYARIKAT TERBAIK UNTUK BEKERJA DI ASIA 2023

oleh Hamimah Hamid|
LAMAN digital kereta terpakai, myTukar baru-baru ini dinobatkan sebagai antara 'Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2023' oleh HR Asia.

Pencapaian itu merupakan kemenangan dan penyertaan pertama myTukar membuktikan pelaksanaan pendekatan kepada pekerja dalam perniagaannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anugerah tersebut merupakan antara anugerah dalam bidang sumber manusia untuk mengiktiraf syarikat yang mempunyai kaedah sumber manusia terbaik dari aspek kebajikan pekerja dan budaya bekerja.

 

Laman digital myTukar telah menganjurkan lebih 100 sesi pembelajaran berbeza demi memastikan setiap pekerja berpeluang mengakses sesi latihan dan kelas yang penting bagi menerapkan semangat pembelajaran dalam syarikat.

Menerima anugerah best of apps

Ia juga menumpukan kesejahteraan pekerja dengan memastikan komunikasi bersama pekerja melalui sokongan sosial, serta kesejahteraan mental dan fizikal mereka diutamakan.

 

Menerusi Webinar Kesejahteraan Mental oleh kaunselor bertauliah yang dilancarkan, ia dapat membantu menjaga kesihatan mental pekerja serta membina daya tahan mental di tempat kerja.

 

Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Derrick Eng, berkata, pihaknya komited terhadap kesejahteraan pekerja dan memberi tumpuan pada kesihatan selain memastikan penglibatan pekerjanya pada syarikat.

Best nominee

"Para pekerja merupakan bakat serta sumber terhebat kami, dan merekalah nadi serta jiwa dalam semua yang kami lakukan. 

 

"Anugerah ini melambangkan kejayaan pendekatan kami yang mengutamakan pekerja dalam perniagaan dan bukti bahawa myTukar adalah sebuah syarikat yang mementingkan kesejahteraan pekerjanya.” katanya.

 

Penulis: Firdaus Razani