Muzium kereta untuk dijual

oleh SALINA JALIL|
Anda inginkan sebuah rumah yang ringkas tapi mempunyai garaj serba canggih yang mampu memuatkan kesemua jentera kesayangan anda? Artikel ini mungkin ada jawapannya.

Sekiranya anda mempunyai US$10 juta (atau lebih) di dalam akaun bank, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk membeli sebuah rumah (atau lebih tepat muzium) dengan garaj yang memuatkan sehingga 25 buah supercar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Fasiliti ini terletak di Malibu, California. Mempunyai keluasan 7000 kaki persegi dan kawalan keselamatan yang rapi, ia lengkap dengan peralatan moden seperti alat pengawal suhu, kawalan kelembapan, kawalan habuk dan anti-bakteria.

 

Kesemua alatan ini dikawal dengan menggunakan komputer bagi mengekalkan suhu di dalam fasiliti ini di dalam lingkungan 22-23 darjah Celcius dengan kadar kelembapan sekitar 50%. Keadaan ini dilihat sesuai untuk meletakkan kenderaan bagi satu tempoh masa yang lama tanpa merosakkan struktur luaran dan dalaman.

 

Menurut pemiliknya Steve Goldman, beliau telah melakukan penyelidikan terperinci sebelum membina muzium kereta tersebut. Ini termasuklah menemuramah pemilik muzium yang menyimpan lukisan klasik untuk bertanyakan kaedah yang sesuai bagi memelihara keadaan bahan pameran di situ.

 

Senarai kereta yang beliau miliki juga tak kurang hebatnya. Antara yang dilihat berada di dalam garaj itu termasuklah LaFerrari, Ferrari 430 Spider, McLaren P1, Pagani Zonda Coupe, Ferrari 360 Challenge, Ferrari 360 GT dan yang terbaharu 600 hp Ruf Turbo Coupe Wide Body.

 

Menurut Goldman lagi, beliau tidak menolak kemungkinan bakal melepaskan koleksi supercarnya kepada yang berminat.

 

Seperti yang diberitahu di awal artikel, kos pembelian bangunan ini sahaja berjumlah US$10 juta tidak termasuk dengan kos pelepasan supercar. Bermakna anda perlu menyediakan lebih dari itu untuk memiliki segalanya. Anda mampu?

 

Sumber: Robb Report

 

Penulis:  Muhamad Hanif

Berita Berkenaan

Berita Global
Dua gandar hadapan masih menggunakan roda-roda bersaiz 14 inci dengan tayar "off-road" dan…
Berita Global
  Terletak di Asturias, utara Sepanyol, Muzium Fernando Alonso itu sedang dalam proses membesarkan…
Berita Global
Menurut Toyota, syarikat hartanah yang memiliki kawasan Pallete Town mahu membangunkan semula…