Mutu Polo Allstar bersinar

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini kami telah berpeluang untuk menguji pandu sebuah model VW berupa hatchback yang telah diberi nafas baru.

 

Sebuah kereta berupa hatchback yang menjadi kegemaran mereka yang bergaya metroseksual dan mengikut edaran fesyen terkini. 

Polo AS1

 

Allstar ialah edisi khas bagi varian VW yang mempunyai tambahan hiasan yang menarik, yang tidak terdapat pada varian VW biasa lain. 

 

Dan model Polo ialah barisan model yang pertama dari VW Malaysia yang diberi penghormatan pertama untuk mendapat penampilan istimewa Allstar. 

 

embossed

 

Berbanding dengan kebanyakan hatchback dalam segmennya, yang kebanyakannya jenama-jenama buatan Jepun atau Korea, Polo ialah antara pilihan hatchback yang terserlah dengan penampilannya yang lebih segak dan kemas. 

 

Apa perbezaan Allstar dengan Polo biasa?

 

Polo Allstar mengekalkan rupa segak Polo generasi kelima tetapi perbezaannya dapat dikesan melalui beberapa butiran tambahan.

 

Antara hiasan Allstar yang ditambah pada rupa luaran varian Polo ini adalah jalur hitam yang ditambah pada pintu tepi dan belakang. Terdapat juga lambang-lambang Allstar pada bahagian sisi pintu sebelah dalam, tiang tengah luar serta pada pelapik kaki. 

 

PoloAS2

 

Pada ruang dalamnya pula, kerusi duduk diperbuat dari kulit sepenuhnya, lengkap dengan lambang Allstar yang terukir pada kerusi depan. 

 

Polodash

 

Tetapi yang paling menarik, atau tambahan tema sporty Allstar yang paling ketara, ialah pedal aluminium dan spoiler belakang.

 

spoilerPoloAS

 

Tambahan hiasan aksesori ini mungkin bilangannya kecil, tetapi ia cukup untuk memberikan varian Allstar ini suatu keistimewaan kerana 1) ianya bernilai RM6,000 dan 2) ia tidak dijual sebagai aksesori berasingan. 

 

Penjanaan kuasa yang efisyen

 

Disamping tambahan hiasan Allstar, ciri-ciri yang membuatkan Polo sebagai sebuah hatchback Jerman yang baik, dikekalkan pada varian Allstar. 

 

Seperti Polo biasa, Polo Allstar juga menggunakan enjin 1598cc 16V Multi Point Injection (MPI), yang dihubung pada kotak gear enam kelajuan automatik (dengan fungsi penukaran gear Tiptronic). 

 

Polo1598

 

Pada pendapat kami, enjin ini memang cukup efisyen dan berkuasa, sesuai dengan kadar nisbah gear yang ditetapkan. Pemilihan dan penukaran gear sentiasa tepat dan lancar, tidak kira bila dipandu pada lebuhraya atau apabila didalam kesesakan trafik kawasan bandar. 

 

Dan dengan fungsi Tiptronic, anda juga mempunyai pilihan untuk menukar gear secara separa manual jika perlu, misalnya di kawasan yang berbukit atau apabila ingin memotong. Jelas bahawa kadar kuasa kuda 105 hp dan tork sebanyak 153 Nm (yang ada pada serendah pusingan enjin 3800 rpm) ternyata cukup memuaskan bagi menjana momentum pada badan hatchback yang hanya seberat 1020 kg ini. 

 

boot

 

Pada sesi pandu uji kami, jarang sekali kami perlukan penggunaan secara Tiptronic, kerana kuasa enjin dan nisbah gear yang ditetapkan sangat efisyen untuk pemanduan seharian. 

 

Tetapi Polo Allstar bukan pesaing bagi Polo GTI, oleh itu ia lebih sesuai bagi mereka yang mengutamakan pemanduan yang tenang dan lancar dari pengendalian yang tangkas dan agresif. 

 

Sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan seharian

 

Ciri terbaik Polo Allstar pada kami ialah kualiti kejuruteraan dan pemasangannya. Kami dapati suasana ruang dalam Polo Allstar hampir-hampir seperti suasana dalam kereta mewah. 

 

Walaupun berupa sebuah hatchback yang lebih kecil dari model Golf, Polo Allstar mempunyai kelebihan yang kita biasa alami pada kereta-kereta mewah yang lebih besar. 

 

PoloASback

 

Kami tidak sangka kereta sekecil ini berupaya menawarkan tahap kesenyapan ruang penumpang yang sangat baik. Ia menghalang bunyi bising dari luar masuk ke dalam ruang dalam dengan baik, menghasilkan pengalaman perjalanan yang aman dan tenang, tidak kira samada apabila berada pada kesesakan trafik di kawasan bandar atau apabila pada kelajuan lebuhraya. Bunyi dari enjin dan tayar berada pada tahap yang rendah dan tidak mengganggu penumpang.

 

sill

 

Suasana aman ruang penumpang Polo Allstar ini juga menggalakan cara pemanduan dan pengendalian yang lebih lancar, sesuai dengan personaliti enjin dan gearnya yang efisyen. Anda jarang akan berasa penat walaupun memandu untuk jangka masa yang lama. 

 

pedal

 

Terdapat dua beg udara dan juga penambat kerusi kanak-kanak ISOFIX sebagai kelengkapan standard. 

 

Sistem hiburan dan hubungan telefon yang ringkas tapi lengkap

 

Satu lagi kejutan pada model Polo Allstar ini ialah sistem infotainment RCD 330G yang walaupun menampilkan skrin kecil tetapi ia ialah antara kemudahan sistem hubungan telefon dan hiburan yang mudah digunakan. 

 

radiopoloAS

 

Mudah sahaja untuk kami hubungkan telefon Android kami secara Bluetooth untuk menggunakan kemudahan telefon dan koleksi musik dari aplikasi Android pada sistem audio Polo Allstar. 

 

Ia juga boleh dikawal dengan menggunakan butang-butang kawalan pada roda stereng dengan mudah. Kualiti pembesar suara juga amat baik dan lebih dari memuaskan.

 

Kesimpulan 

 

Jika kita lihat kereta-kereta buatan negara-negara di dunia, kereta buatan Jerman memang terkenal sebagai antara yang berkualiti terbaik di dunia. 

 

Ini kerana kepakaran kejuruteraan industri Jerman selalunya menghasilkan produk yang bermutu tinggi, dan oleh kerana ini produk-produk buatan Jerman jarang ada bandingan atau saingan dari segi kelasakan dan daya ketahanan. 

 

Kebanyakan kereta buatan Jerman biasanya masih mengekalkan kualiti yang baik walaupun sudah lama digunakan atau bertukar-tukar milik. 

 

Dan walaupun kebanyakan pembeli kereta idamkan sebuah kereta buatan Jerman yang berkualiti tinggi,  kereta-kereta buatan Jerman selalunya adalah kereta-kereta mewah yang berada di bawah kemampuan kebanyakan pembeli.

 

Mujurnya dengan kehadiran Polo Allstar, kini lebih banyak orang mempunyai peluang untuk memiliki sebuah kereta hatchback bermutu tinggi yang bukan sahaja berkelihatan kemas dan segak tetapi juga merupakan suatu keluaran istimewa yang jarang terdapat di Malaysia. 

 

Volkswagen Polo Allstar (RM72,888*) 

Terdapat dalam pilihan warna-warna Carbon Steel Grey (kelabu), Reflex Silver (Perak), Candy White (Putih) and Flash Red (Merah).

*Sila rujuk pada laman web www.volkswagen.com.my/polo/polo-allstar untuk maklumat lanjut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…