‘MR BEAN’ DIPERSALAHKAN KERANA MENJADI PUNCA JUALAN EV SEMAKIN PERLAHAN

oleh Firdaus Razani|
Siapa sahaja tidak mengenali dengan watak dan siri ikonik ‘Mr Bean’ yang dibintangi oleh pelakon British, Rowan Atkinson di merata siaran seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini, pelakon komedi itu telah dipersalahkan kerana dikatakan menjatuhkan reputasi kenderaan elektrik (EV) serta menjadi faktor kepada jualan yang perlahan.

Thinktank Green Alliance berkata, ulasan oleh Rowan Atkinson pada Jun 2023 mengenai EV menjadi salah satu halangan yang dihadapi kerajaan dalam usaha menghentikan kereta pembakaran dalaman secara berperingkat sebelum 2035.

 

MRBEAN

 

Kumpulan pendesak itu memberitahu dalam surat yang dikongsi: "Salah satu artikel yang paling merosakkan ialah komen yang ditulis oleh Rowan Atkinson dalam The Guardian yang telah disangkal sama sekali.”

Rowan Atkinson pernah mengeluarkan kenyataan seperti berikut “Saya suka kenderaan elektrik - dan merupakan pengguna awal. Tetapi saya rasa semakin ditipu."

Atkinson menulis bahawa EV "agak tidak berjiwa" serta semakin lama beliau merasakan keseronokan memandu EV semakin pudar dan beliau merasa tidak menyesal dengan perkara tersebut.

 

MRBEAN

 

Pelakon yang turut mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik serta menyifatkan diri beliau sebagai peminat kereta tegar turut menasihatkan rakan-rakanya untuk jangan beli EV terlebih dahulu.

Timbalan editor The Guardianm, Simon Evans kemudian menerbitkan respons tersebut di laman iklim Carbon Brief, berusaha untuk menyangkal dakwaan Atkinson.

Evans menulis, “Kesilapan terbesar Atkinson ialah kegagalannya untuk menyedari bahawa kenderaan elektrik sudah menawarkan faedah alam sekitar global yang ketara, berbanding dengan kereta enjin pembakaran."

 

MRBEAN

 

Pandangan Atkinson digunakan untuk membuat perkara yang lebih luas tentang laporan "mengelirukan" yang membantutkan jualan EV.

Cabaran lain yang diketengahkan semasa mesyuarat jawatankuasa termasuk jumlah stesen pengecasan yang tidak mencukupi, harga yang lebih tinggi bagi EV dan "kekurangan pesanan yang jelas dan konsisten daripada kerajaan".

SUMBER : SkyNews

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti GR Yaris standard, enjin tiga silinder 1.6 liter turbo jentera rali GR Yaris H2…