Menurut pengarah Jabatan Kejuruteraan MPK Zamri Othman berpendapat, pemasangan rumble strip merupakan pilihan yang terbaik berbanding bonggol jalan yang bakal memberikan kesan kepada pengguna motosikal.
"Pembinaan bulatan ini adalah sebagai alternatif kepada persimpangan lampu isyarat bagi menyenangkan pergerakan trafik memasuki Jalan Bukit Jawa berbanding memandu melalui Jalan Tengku Kelana," ujarnya lagi.
Beliau turut menasihatkan pengguna supaya memperlahankan kenderaan sebelum memasuki bulatan.
Sementara itu pengarah Jabatan Perancangan Bandar MPK Zailani Panot menjelaskan, pembinaan bulatan tersebut mampu menampung peningkatan trafik ketika waktu puncah, selain meningkatkan kualiti udara memandangkan pengguna tidak perlu berhenti terlalu lama.
Terdapat permintaan daripada pengguna jalan raya supaya MPK memasang road stud reflektif untuk pemanduan malam, serta perkataan "PERLAHAN" dicat atas Jalan Dato Hamzah sejurus selepas keluar dari Jambatan Kota.
Sumber: The Star