Motosikal "Shin Kamen Rider" akan dipamerkan di Honda Collection Hall, Jepun (15 Julai-23 Sept)

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para peminat filem Shin Kamen Rider.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertempat di Mobility Resort Motegi, Wilayah Tochigi, Honda Collection Hall akan mempamerkan motosikal sebenar yang digunakan dalam penggambaran filem Shin Kamen Rider bermula 15 Julai hingga 3 September ini.

 

Cyclone (Untransformed Mode)
Cyclone (Tranformed) - Kamen Rider
Cyclone (Transformed) - Kamen Rider No. 2
Shin Cyclone

 

Terdapat empat model motosikal khas yang akan dipamerkan iaitu:
• Cyclone standard - Honda CB250R
• Cyclone (Kamen Rider) - Honda CB650R
• Cyclone (Kamen Rider No. 2) - Honda CB650R
• Shin Cyclone - Honda CB250R

 


Menurut laporan Car Watch JP, selain daripada pameran khas tersebut terdapat juga sudut khas di mana pengunjung boleh bergambar dengan panel imej Kamen Rider dan Kamen Rider No. 2 bersaiz sebenar.

Ia dibuka setiap hari sepanjang tempoh 15 Julai hingga 23 September (tutup pada 18-20 Ogos), bermula jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang dan tiket kemasukan adalah percuma.
 

shin kr


Untuk makluman, Shin Kamen Rider merupakan filem reboot kepada siri televisyen tahun 1971 berjudul Kamen Rider bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-50 francais tersebut.

Filem ini diarahkan oleh Hideaki Anno (Shin Godzilla, Shin Ultraman) dan membarisi pelakon Jepun terkenal seperti Sosuke Ikematsu (Takeshi Hongo), Tasuku Emoto (Hayato Ichimonji), Minami Hamabe (Ruriko Midorikawa), Masami Nagasawa, Tori Matsuzaka, serta Takumi Saitoh.

 


Pada 15 Jun yang lepas, TGV Cinemas telah mengesahkan filem Shin Kamen Rider akan ditayangkan secara rasmi di Malaysia bermula 6 Julai ini di pawagam terpilih.

Untuk makluman, motosikal Shin Kamen Rider ini juga boleh didapati dalam versi diecast yang dikeluarkan oleh Tomica.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)