Motor Image lancar Subaru Forester 2019 serba baharu

oleh Mohamad Hanif|
Motor Image, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di lapan buah negara Asia melancarkan Subaru Forester 2019 serba baharu bertempat di Taiwan, sebentar tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Glenn Tan, Pengarah Urusan Tan Chong International Ltd berkata, "Forester serba baharu kini lebih besar dan lebih baik dengan penawaran teknologi, serta rekaan luaran dan dalaman bagi memberikan imej SUV yang selesa, berkuasa dan selamat."

Forester serba baharu ini telah diperhalusi semula dan direka semula dengan menjadikan aspek keselamatan sebagai tunjang utama di dalam Subaru Core Technologies, memperlihatkan ciri-ciri yang sinonim dengan Subaru seperti Subaru Global Platform, Symmetrical All-Wheel Drive, Boxer Engine, dan EyeSight Driver Assist Technology. 

 


Berikut merupakan lima fakta utama yang perlu anda tahu berkenaan Subaru Forester 2019 serba baharu ini.

1. Subaru Global Platform


Subaru Forester 2019 menggunakan casis yang telah direka semula di bawah program Subaru Global Platform yang memberikan pemanduan yang selamat dan lebih selesa dengan menawarkan kurang gegaran dan kadar olengan badan. 

Casis ini juga mampu mengurangkan kadar bising daripada jalan raya bagi memberikan lebih keselesaan kepada para penumpang ketika pemanduan. 

 

2. Enjin Boxer 2.0 liter dengan CVT, pacuan semua roda


Enjin yang sinonim dengan jenama Subaru ini masih lagi dikekalkan pada penawaran Subaru Forester terkini dengan enjin empat silinder bentangan boxer 2.0 liter suntikan bahan api secara terus digandingkan dengan transmisi CVT tujuh nisbah kelajuan bagi memberikan kuasa yang berterusan di samping menawarkan penjimatan bahan api. 

Kuasa tersebut disalurkan kesemua empat roda menerusi sistem Symmetrical All-Wheel Drive memberikan kawalan kuasa yang maksimum dan stabil untuk pemandu merentasi pelbagai jenis bentuk muka bumi. 

 

3. Special X-Mode, Hill Descend Control


Ciri Special X-Mode turut dilengkapkan pada model Forester 2019 ini bagi memberikan lebih kawalan kuasa daripada enjin kepada roda, sistem brek dan fungsi lain terutama ketika pemanduan off-road, membolehkan pemandu memilih fungsi yang berbeza bergantung kepada keadaan jalan yang pelbagai.

Manakala fungsi Hill Descent Control memberikan lebih kawalan kepada pemandu menuruni kawasan bukit pada kelajuan yang rendah. 

 

4. Teknologi EyeSight


Sistem teknologi EyeSight yang dilengkapkan pada model Forester ini merupakan sistem bantuan pemanduan yang merangkumi ciri-ciri seperti

  • automatic pre-collision braking - sistem brek automatik pra-pelanggaran
  • pre-collision throttle management - sistem kawalan throttle pra-pelanggaran
  • lead vehicle start alert - peringatan kepada pemandu jika kereta hadapan bergerak di persimpangan lampu isyarat
  • adaptive cruise control - kawalan pemanduan adaptif
  • lane departure warning dan lane sway warning - sistem amaran penukaran laluan
  • auto vehicle hold - mengekalkan kenderaan ketika berhenti tanpa memenatkan pemandu
  • Subaru rear vehicle detection - sistem amaran lintasan belakang kenderaan

5. Lebih besar, lebih selesa, dan mesra pengguna


Rekaan kabin pada Forester 2019 lebih besar berbanding model terdahulu, terima kasih kepada platform serba baharu yang memberikan keluasan yang diperlukan oleh pemandu dan penumpang dan keselesaan ketika pemanduan.

Manakala ruang pembukaan kargo di belakang juga telah dilebarkan bagi memuatkan barangan yang lebih besar, dibantu dengan ciri bukaan pintu power gate yang lebih pantas dengan satu sentuhan butang. 

Ciri lain turut ditawarkan seperti slot pengecasan USB, corong penghawa dingin untuk baris kedua, poket meletakkan peranti pintar di kerusi hadapan dan ciri brek parking elektronik. 

 

Subaru Forester 2019 dijangka hadir ke pasaran Malaysia menjelang suku kedua 2019, spesifikasi mungkin berbeza mengikut pasaran. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…