Moto Guzzi V9 Bobber kini di pasaran Malaysia dengan harga RM74,900

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Moto Guzzi secara rasminya kini telah melancarkan V9 Bobber baharu ke pasaran Malaysia. V9 Bobber merupakan model keempat yang ditawarkan di Malaysia dalam tahun 2017 selain Vy 111, V7 111 Roamer dan V9 Roamer.

 

Motosikal V9 Bobber ini ditawarkan pada harga RM74,900 (termasuk GST).

V9 Bobber

Spesifikasi teknikal;

  • Dikuasakan dengan enjin V-twin 90
  • Kapasiti enjin 853cc
  • Transmisi enam kelajuan
  • Mampu menghasilkan kuasa sehingga 55hp pada 6,250 rpm dan 62 Nm tork seawal 3,000 RPM.

 

Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna dengan kemasan “matte” iaitu Nero Massicio dengan grafik kuning atau Girgio Sport dengan kemasan merah.

Rupa V9 Bobber yang menampilkan gaya klasik dan retro ini sangat kemas dengan ekzos, cermin sisi dan madgad berwarna hitam “matte”.

v9

V9 Bobber didatangkan dengan sistem brek khas yang terdiri daripada cakera Brembo 320mm di hadapan, dan cakera 260mm di belakang.

 

Dari segi keselamatan, V9 Bobber datang dengan sistem elektronik ABS dan Motor Guzzi Traction Control (MGTC) dan juga port USB.

V9

 

Antara ciri menarik lain yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah MG-MP yang boleh dipilih. MG-MP ini merupakan sebuah platform multimedia Moto Guzzi yang boleh menyambung telefon pintar ke Internet.

 

V9 v9

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Gaya Hidup
Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles…
Pelancaran Motosikal
Jentera sports tourer itu dikuasakan oleh nadi V-Twin bersesaran 1,042 cc, menghasilkan 115 hp @ 8,…