Moto Guzzi MGX-21 "The Flying Fortress" kini di Malaysia, harga bermula dari RM172k

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Didi Resources Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar rasmi jenama Moto Guzzi di Malaysia membawakan sebuah motosikal grand cruiser Moto Guzzi MGX-21. 

Motosikal paling tidak konvensional dan berteknologi tinggi dari Mandello del Lario, Itali ini diberikan gelaran sebagai The Flying Fortress dan merupakan motosikal paling premium yang hadir daripada jenama tersebut. 
 


Enjin ikonik Moto Guzzi bersesaran 1,380 cc V-Twin melintang 90o mampu menghasilkan 96.6 kuasa kuda dan daya kilas maksimum 121 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 3,000 rpm. 

Kuasa tersebut dikawal sepenuhnya oleh pendikit elektronik Ride-by-Wire dengan tiga mod tunggangan ditawarkan iaitu Veloce, Turismo dan Pioggia yang lebih disesuaikan dengan keadaan jalan yang licin. 

Mod tunggangan tadi turut dilengkapi dengan bantuan sistem brek ABS dwi-saluran dan kawalan cengkaman yang boleh dilaras dan dimatikan. 
 


Posisi tunggangan yang selesa juga turut diberikan perhatian di mana Moto Guzzi MGX-21 menawarkan ketinggian pelana 740 mm daripada tanah dengan posisi palang pemegang diletakkan dekat dengan penunggang. 

Moto Guzzi Malaysia juga turut menawarkan barisan aksesori yang boleh melengkapkan imej eksklusif MGX-21 seperti reraup atas, cermin aluminium hitam, tuil brek dan klac, pemegang peranti pintar, pelana pembonceng dan tidak dilupakan lampu LED bagi memberikan penglihatan yang lebih baik pada waktu malam. 
 


Di Malaysia, harga jualan MGX-21 ditetapkan pada RM172,000 dan boleh didapati di The Gasket Alley, Petaling jaya. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Gaya Hidup
Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles…
Pelancaran Motosikal
Jentera sports tourer itu dikuasakan oleh nadi V-Twin bersesaran 1,042 cc, menghasilkan 115 hp @ 8,…