Moto Guzzi bakal buka pusat 3S di Malaysia

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pusat pengedar motosikal terbaharu yang dikenali sebagai Moto Guzzi kini akan dibuka di Kuala Lumpur oleh Piaggio Asia Pacific.

 

Baru-baru ini, team Careta telah dijemput ke pusat servis 3S Moto Guzzi yang bakal dilancarkan pada Ogos 2017, bertempat di Gasket Alley, Petaling Jaya serta perlantikan Didi Resourcess Sdn.Bhd sebagai pengedar rasmi untuk motosikal Guzzi di Malaysia.

 

Pusat 3S Moto Guzzi ini bakal menyediakan pusat servis motosikal, kafe yang selesa untuk berkumpul dan turut menjual pelbagai aksesori.

 

Dengan adanya pusat 3S yang baharu ini, ianya diharapkan dapat memudahkan lagi pemilik motosikal Moto Guzzi untuk servis dan membeli barangan aksesori untuk motosikal.

 

Bagi peminat motosikal terutamanya jenama Moto Guzzi, anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menghantar motorsikal kesayangan anda ke sini.

 

Pihak Moto Guzzi juga telah merancang dan mengaturkan pelbagai aktiviti menarik bersama pemilik motosikal Guzzi pada masa akan datang.

 

Harga motosikal Guzzi bermula dari RM66,900 (termasuk GST tanpa pendaftaran, cukai jalan raya dan insurans).

 

Maklumat yang lebih menarik mengenai Moto Guzzi Malaysia boleh diperolehi di https://www.facebook.com/motoguzziMY atau sila hubungi Moto Guzzi Malaysia di talian 03-79567799 atau e-mel ke [email protected]

Penulis; Afiz Takumi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Antaranya ialah paparan meter digital sepenuhnya dan lampu-lampu LED. Kerangka tiub keluli itu…